Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16) events (2)
Showing posts with label Announcment. Show all posts
Showing posts with label Announcment. Show all posts

[ALERT] SELEPAS TELUR TIRUAN, SEKARANG KURMA TIRUAN PULA


Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut. - Kosmo

ASTAGHFIRULLAH..=(

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..

Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn  ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

TARIKH PILIHANRAYA TELAH DITETAPKAN..

Pengumuman penting! Pilihan Raya Susu Dutch Lady






Bagi meraikan sambutan Hari Susu Sedunia Ke-4, Dutch Lady hari ini buat julung kalinya melancarkan Pilihan Raya Susu, di mana semua rakyat Malaysia dijemput mengundi untuk memilih perisa susu terbaru di negara!

Mulai 6 Mei 2011 hingga 28 Mei 2011, sesiapa sahaja boleh mengundi! Sila layari  PILIHANRAYA

KEMATIAN PALSU OSAMA LADEN & TAMAT KONSPIRASI 9/11 ??



      Sumber kajian the truth movement of 9/11 melaporkan, nama Osama Laden tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. al-Qaeda juga tidak pernah wujud kerana wartawan British pernah mendedahkan bahawa rakyat Afghans sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama Laden @ al-Qaeda. Kedua-duanya adalah dongeng Amerika (Pax Americana) untuk menjayakan konspirasi 9/11 untuk menjadikan Islam sebagai sasaran. Yang wujud hanyalahTaliban sahaja! al-Jazeera-lah punca kita semua mempercayai bahawa al-Qaeda dan Osama itu benar-benar wujud. al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti-pengganas. Berita tentang kematian kononnya mayat Osama Laden hari ini hanyalah sandiwara AS dalam menjayakan misi berangkai (Britannica-Americana-Judaica), yang sebenarnya, kematian tersebut sebagai simbolik yang menandakan telah berakhirnya (telah berjaya) konspirasi 9/11 selepas dijayakan 10 tahun lalu dan AS sudah boleh menutup buku konspirasi tersebut kepada dunia. Apa yang berlaku hanyalah pembunuhan karektor Osama Bin Laden dan bukan jasadnya sebagai tanda tamatnya misi 'memerangi pengganas' dalam dunia Islam dan babak baru akan berlaku sedikit masa lagi. Persoalannya, tidakkah timbul perasaan ingin tahu dalam diri kita, bahawa segala berita-berita berkaitan Osama Laden hanya al-Jazeera-lah yang paling awal menyiarkan dan mendedahkan video footage atau rakaman percakapan beliau..? hairan...? kita rakyat di Malaysia kebanyakannya percaya oleh kerana kita hanya mendapat info dan berita dari satu sumber sahaja iaitu mainstream media yang menjadi pewaris kepada media propaganda Barat. Lihatlah, apabila Pejuang Islam dikatakan (RTM, TV3, Utusan) sebagai pengganas. Minda rakyat Malaysia perlu dibuka dan dibasuh kerana sekian lama terpenjara dalam penjajahan minda oleh Barat. Di dalam kita asyik dihidangkan oleh politik lokal, adakalanya kita perlu ada inkuiri terhadap politik luar dari sumber-sumber yang sahih dari internet.

      Dari perspektif eschatologi Islam pula, kematian yang kononnya 'osama laden' adalah suatu indikator yang penting kepada sejarah dunia order baru, dimana ia menunjukkan bahawa misi 9/11 (kemuncak Pax Americana) atau lebih tepat misi menjadikan Islam sebagai sasaran sudah berjaya selepas 10 tahun nama Osama Laden di jadikan kambing hitam untuk menyerang dunia Islam. Indikator ini menunjukkan bahawa misi Pax Americana telah dan hampir berjaya dan kini tiba sedikit masanya lagi kita menunggu ia akan beralih pula tangan kepada Israel (Pax Judaica) untuk melengkap misi agung The Anti-Christ (al-Masih). Allahu A'lam.

      Dari pandangan hadis Sahih Muslim. Justifikasi kepada kejadian inilah yang dikatakan bahawa Pax Judaica akan mengambil alih dari Pax Americana sedikit masa sahaja lagi adalah untuk menjayakan misi dalam merintis jalan kepada The Anti-Christ (al-Massih) mewujudkan politically monarchy di Israel dan seterusnya memerintah dari Jerusalem sebagai Raja Israel (Zaman kegemilangan II selepas takhta Nabi Sulaiman a.s sebagai Zaman Kgemilangan I). Sila rujuk 'a day like a month' to 'a day like a week' iaitu yaumun ka sahrun - yaumun ka jum'ah sebelum Sea of Galilee kering sepenuhnya yang dijangka saintis yahudi kurang 50 tahun lagi. sedikit masa sahaja lagi. Allahu A'lam.

      Untuk lebih memahami pengajian Eschatologi Islam, sila rujuk artikel-artikel sebelum ini. Segala justifikasi kepada kaedah Hadis ini dirujuk dari Guru-ku, Sheikh Imran Nazar. Hosein. Beliau tidak memaksa umat Islam mempercayai segala kajian dan kata-katanya di dalam kaedah Eschatologi Islam, akan tetapi beliau pernah berkata "apabila kebenaran itu hadir, anda kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga", merujuk kepada kejatuhan nilai Dollar AS dan peralihan kepada Electronic Money pada hari ini telah berada dalam beberapa kajian dan buku beliau 15 tahun lepas. Kepada yang baru mengenali Eschatologi Islam, bacaan ini agak berat untuk difahami, rujuklah artikel-artikel sebelum ini, sesungguhnya, ia akan membantu kita semua dalam pemahaman tentang plot dunia order baru di akhir zaman. Allahu A'lam. Eschatologi Islam adalah bukan satu bidang pencerapan atau penilikan dan Sheikh Imran Hosein bukanlah seorang ahli nujum. Ianya suatu kaedah yang dibongkar dan dibuat justifikasi dari al-Quran dan Hadis Sahih untuk 'membaca' proses akhir zaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Sebagai contoh, matahari akan terbit dari Barat adalah merupakan suatu tanda besar akhir zaman. Inilah Eschatologi Islam. Allahu A'lam. by Source

OSAMA MENINGGAL?



Pemimpin Al-Qaeda ditembak di kepala, anak lelaki turut maut dalam serangan komando AS

WASHINGTON: Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikaitkan dengan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera AS di sebuah rumah di Abbottabad, kira-kira 45 kilometer di timur laut Islamabad, Pakistan, tengah malam kelmarin.

Turut terbunuh dalam serangan kira-kira 40 minit oleh pasukan gerak khas tentera laut AS itu ialah anak lelaki Osama, seorang wanita yang tidak dikenali dan dua lelaki lain.

Osama yang ditembak di kepala dikatakan memberi tentangan sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut membabitkan penggunaan dua helikopter. Salah sebuah helikopter AS yang menyertai operasi itu dikatakan terhempas akibat kegagalan mekanikal.
Pekarangan rumah yang diserbu dalam operasi itu adalah lapan kali ganda lebih besar daripada rumah berhampiran dan dikelilingi tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri, tetapi tidak mempunyai kemudahan telefon, mahupun internet.

Pegawai AS memberitahu Agensi Perisikan Pusa (CIA) menjejaki Osama di tempat persembunyiannya, sebelum pasukan elit keenam tentera laut AS diterbangkan ke lokasi itu. 

Katanya, Osama ditembak di kepala dalam pertempuran itu dan pegawai AS mengesahkan identiti pemimpin Al-Qaeda itu berdasarkan rupanya. Pegawai itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada DNA sudah dilakukan.

Presiden AS, Barack Obama ketika membuat pengumuman kejayaan operasi itu yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia menyifatkan kematian Osama sebagai ‘keadilan akhirnya ditegakkan’. 
Obama berkata tentera AS sudah mengambil mayat Osama dari tempat kejadian dan berjanji pengendalian mayat itu akan menghormati amalan Islam.

Rangkaian televisyen, Al-Jazeera melaporkan mayat Osama disemadikan di laut dan disahkan media AS yang memetik pegawai di Washington, untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim.

Obama mengesahkan beliau mengarahkan operasi tengah malam itu, selepas AS kali pertama mendapat maklumat risikan mengenai tempat persembunyian Osama, Ogos tahun lalu.

“Satu kumpulan kecil anggota kita telah menjayakan operasi itu dengan keberanian dan keupayaan yang luar biasa. Selepas mendapat sedikit tentangan, pasukan itu membunuh Osama dan mengambil mayatnya,” kata Presiden AS itu.

Beliau berkata, tiada seorang pun tentera AS atau orang awam terbunuh dalam operasi itu.

Obama turut memuji Pakistan di atas kerjasama yang diberi negara itu. Bagaimanapun seorang pegawai berkata hanya AS mengetahui mengenai operasi itu sebelum ia dilancarkan.

Pengumuman Obama itu mencetuskan perhimpunan spontan di hadapan Rumah Putih dan di Ground Zero, tapak menara World Trade Center (WTC) yang runtuh dalam serangan 11 September 2001, selepas dirempuh dua pesawat penumpang dirampas pengganas didakwa anggota kumpulan Al-Qaeda.

Berita dramatik kematian Osama itu menutup pergolakan dunia yang dicetuskan serangan 9/11 ke atas pengganas yang mengorbankan lebih 3,000 orang.

Serangan didakwa dilakukan Al-Qaeda itu mencetuskan perang di Afghanistan, dan turut digunakan sebagai alasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menceroboh Iraq.

Seorang diplomat Barat di Afghanistan berkata, kematian Osama juga dijangka membawa perubahan besar kepada dasar luar AS.

“Perkembangan ini akan mengubah senario, tetapi masih kabur apakah perubahan ini,” katanya.

Kejayaan membunuh Osama dijangka mencerahkan peluang Obama dalam pemilihan presiden tahun depan, selepas Presiden George W Bush yang memulakan peperangan terhadap keganasan kira-kira 10 tahun lalu, gagal menawan atau membunuh pemimpin Al-Qaeda itu.

Ketika mengumumkan kejayaan itu, Obama mengelak nada yang mendabik dada. "Malam ini saya boleh melaporkan kepada warga Amerika dan kepada dunia bahawa Amerika Syarikat sudah melancar operasi yang membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, pengganas yang bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.”

Beliau berkata kematian Osama tidak bermakna keganasan akan berakhir dan menjangka Al-Qaeda akan meneruskan perjuangannya. - Agensi 

KEPUTUSAN ABPBH 2010 - SHANEIZY SAM BINTANG PALING POPULAR

Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.




Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.


Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.



Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.

   

Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

  

Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

   

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

  

Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN EDISI 24 (ABPBH 2010)


AHAD ini, akan diketahui siapa pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) selain Bintang Paling Popular apabila nama mereka diumumkan pada malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands. 

Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung.
Bukan sahaja peminat dan pembaca Berita Harian, malahan di kalangan artis sendiri termasuk mereka yang tersenarai dalam Top ABPBH 2010 turut mempunyai pilihan sendiri siapa yang bakal menerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH edisi ke-24.

Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Zizan antara calon yang disebut-sebut sebagai Bintang Paling Popular kali ini. Beberapa artis juga turut menjadi sebutan dikalangan rakan artis untuk memenangi kategori yang dipertandingkan seperti Diana Danielle, Scha Alyahya, Yuna, Faizal Tahir, Shahir, Aizat, Sharifah Shahirah, Raja Azura @ Kak Engku, Aznil Nawawi, Bunkface malahan Nurul Elfira Loy juga dikatakan ada peluang masing-masing.

Ramalan untuk berasakan mereka boleh menang adalah berdasarkan kepada bakat, populariti, hasil kerja yang diminati seperti filem atau lagu serta sokongan peminat daripada laman sosial masing-masing seperti Facebook dan Twitter.

Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Ikutkan memang semua orang nak menang. Peminat juga mahu artis pilihan mereka menang. Berikut adalah sebahagian artis yang juga finalis ABPBH2010 yang disoal Hip untuk siapakah calon pilihan mereka untuk menang dalam kategori masing-masing yang akan diumumkan 3 April ini.

ZIZAN

“Bintang Paling Popular ABPBH 2010 pilihan saya sama ada Lisa Surihani atau Shaheizy Sam. Nama mereka tengah panas sekarang. Banyak filem yang mereka bintangi, meletup! Tidak mustahil dengan bakat yang mereka miliki, boleh memenangi anugerah itu. Saya mendoakan rezeki untuk kedua-dua rakan saya ini. Malah peminat sendiri boleh menilai sendiri keberkesanan lakonan mereka.

“Bagi Penyanyi Lelaki Popular, nama yang sedang panas ialah Faizal Tahir. Kita dapat lihat di mana-mana saja ada peminat Faizal, lagunya pun kerap diputarkan di radio dan menjadi pilihan pendengar.

“Manakala Penyanyi Wanita Popular, saya rasa Yuna mampu menewaskan calon yang lain. Yuna penyanyi yang rendah diri dan dia juga mampu untuk pergi jauh serta bakatnya yang tiada tandingan.

BLACK MENTOR

“Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Zizan. Saya antara peminatnya dan saya suka cara serta idea dia membuat orang ketawa dan terhibur. Anuar Zain berpotensi untuk menang Penyanyi Lelaki Popular dan siapa tahu sekian lama dia tidak muncul, dia akan kembali membuat kejutan.

“Pelakon Filem Wanita pilihan saya ialah Diana Danielle. Dia ada karektor yang positif tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan, tidak sombong. Artis Baru Lelaki Popular pilihan saya ialah Shahir. Shahir ada peminat yang ramai dan kita boleh tengok ke mana saja dia pergi, mesti dikelilingi peminat serta namanya kini sedang meningkat, tidak mustahil untuk Shahir meraih anugerah ini.

NURUL ELFIRA LOY

“Saya dengar ura-ura, Lisa Surihani, Shaheizy Sam atau Zizan antara yang mampu membawa pulang hadiah Bintang Paling Popular. “Berdasarkan populariti, Bunkface berpeluang memenangi Artis Duo /Berkumpulan Popular. Nama mereka memang popular di kalangan peminat. Bagi kategori Penyanyi Nasyid Popular, kumpulan Rabbani adalah pilihan saya.

LIYANA JASMAY

“Penyanyi Lelaki Popular pilihan saya adalah Aizat, kerana dia memenangi anugerah bagi kategori ini tahun lalu. Tak mustahil Aizat menang lagi. Bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, saya memilih Aaron Aziz, dan Pelakon TV Wanita Popular pula, Scha Alyahya berkemungkinan besar untuk menang kerana mereka ini berbakat besar dalam dunia lakonan.

AARON AZIZ

“Berdasarkan popularitinya di laman web sosial Facebook yang mencecah jutaan peminat, tidak mustahil untuk Lisa Surihani memenangi anugerah Bintang Paling Popular. Tengok saja bilangan pengikutnya di Facebook dan Twitter, sudah cukup sebahagian daripadanya mengundi, pasti artis lain akan tertewas.

“Pelakon Filem Lelaki Popular yang menjadi pilihan saya ialah Shaheizy Sam. Dia bukan saja popular, malah dia mampu membuat orang ketawa dengan lakonannya yang bersahaja. Rakyat Malaysia gemarkan seorang pelawak dan penghibur, ini kerana apabila kita buat orang ketawa, orang akan cepat sukakan kita.

“Aznil Nawawi berpeluang cerah untuk memenangi anugerah bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, kerana tiada siapa yang mampu menandingi kebolehannya. Kita tengok sampai sekarang, memang sukar untuk mencari pengganti Aznil.

ALTIMET

“Lisa Surihani dan Zizan mempunyai ramai peminat. Melihat kepada jumlah peminat di Facebook dan Twitter mereka, sudah cukup ramai untuk membuatkan mereka menang bagi kategori Bintang Paling Popular.

DIDIE ALIAS

“Bagi kategori Bintang Paling Popular, Zizan mampu menang. Dia mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan setiap kemunculannya menghiburkan orang ramai. Saya percaya tahun ini tuah akan berpihak pada Zizan. Manakala bagi kategori Artis Baru Popular, saya percaya tuah berpihak kepada Nurul Elfira Loy. Dia bukan saja popular, malah bagus dalam lakonan serta pandai membahagikan masa sebagai pelajar. Bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Sharifah Shahirah berpeluang untuk membawa pulang anugerah ini kerana namanya sedang meningkat naik sekarang ini.

SHARNAAZ AHMAD

“Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Shaheizy Sam sebab dia bagus dan mempunyai karektor yang mantap sebagai orang seni. Lihat saja kepada watak yang dibawanya, cukup memberi kesan kepada penonton. Bagi Penyampai Radio Wanita Popular, Raja Azura berpeluang menang kerana dia sudah lama dalam bidang pengacaraan ini. Dia seorang yang bagus dalam bidangnya dan saya cukup mengagumi dia.

“Bagi Artis Komedi Lelaki Popular, Zizan mempunyai peluang untuk menang, manakala bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias berpotensi untuk menang.

Siapa pula pilihan Lisa?

Menjadi sebutan sebagai antara pemenang dalam ABPBH2010 terutama Bintang Paling Popular pada Ahad ini, memang memberi sedikit kejutan kepada Lisa Surihani. Ini kerana dia sama sekali tidak pernah meletakkan harapan setinggi itu.

“Baiknya mereka yang meramalkan saya menang. Rezeki di tangan Allah. Entah-entah mereka yang menang nanti. Setiap calon ada peluang sama rata untuk menang dalam setiap kategori di ABPBH nanti. Dicalonkan sehingga tersenarai dalam Top 5 pun, Lisa rasa amat bersyukur alhamdulillah,” kata Lisa dalam jawapannya yang dikirim menerusi pesanan BlackBerry.

Lisa yang kini sibuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya memilih Zizan sebagai calon Bintang Paling Popular, manakala Aizat pula diramalkan sekali lagi memenangi Penyanyi Lelaki Popular dan berasakan Ana Raffali berpotensi untuk memegang trofi Penyanyi Wanita Popular.

“Saya melihat Liyana Jasmay berpeluang cerah untuk menang lagi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan penyampai radio Hot FM, FBI (Faizal Ismail) pula diramalkan boleh naik ke pentas lagi menerima Penyampai Radio Lelaki Popular,” katanya. -
BH

JACKIE CHAN DILAPOR MENINGGAL DUNIA


NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam. Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu.

“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.”

Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti.

Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi

Jumlah Penduduk Malaysia 2010

Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof berkata, jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.
”Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Wisma Wan Asia di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya, kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.
”Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor seramai 3.4 juta orang dan Sabah sebanyak 3.2 juta orang pada tahun lalu,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/ Demografi), Ismail Yusoff; Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Dr. Abdul Rahman Hasan dan Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor, Ibrahim Jantan.
Menurut Wan Ramlah, kadar pertumbuhan 2.1 peratus pada setiap tahun adalah sihat dan bukan satu keadaan yang mendadak.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, jabatan berkenaan kini mempunyai 10 pejabat operasi di seluruh negara termasuk di Kajang.
”Tujuan pejabat operasi ini ialah mempercepat dan memudahkan penyeliaan serta mengurangkan kos operasi penyiasatan,” katanya.
Mengulas bajet jabatan itu yang dikurangkan 30 peratus tahun ini, katanya, ia akan memastikan langkah penjimatan dilakukan dengan berkesan supaya perbelanjaan digunakan secara berhemah.
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi terkini seperti e-survey dan e-mel bagi membantu penjimatan perbelanjaan jabatan tersebut.
- UTUSAN

EARTH HOUR


Dear all, In the course of carrying out my duty, I pledge to influence all whom I know to better understand climate change and promote EART HOUR. Please work together with us in switching of your electricity at home or wherever you are on the 28 March 2009 (Saturday) at 8:30 pm to 9:30 pm. Pass on this information to your family and friends in the quest to save the world.

RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

BDD BBQ...

Assalamualaikum.. Susah btol nak deal tok bbQ day ni ek..

(Cadangan 1)

Day : Khamis
Date : 30 Oktober 2008
Time : 9pm -12am
Venue : Tasik Uthm..

Aku kira tu masa dan keadaan yang paling sesuai untuk masa ni ..
Ptg tu kita baru lepas present pembuatan kan .. Jd smua da Free le..
Tujuan buat kat Dalam Uthm adalah, nanti kita boleh ajak lecture join sama..


(Cadangan 2)

Day : Jumaat
Date : 31 Oktober 2008
Time : 9am-4pm
Venue : Air Terjun Bekok..


Bayaran : RM10 (Wang lebihan akan dikembalikan)

ok la..
Diharap korang bagi respond untuk majlis..
Taip kat komen di bawah.. Sebarang pendapat dan kritikan diperlukan..
tQ...

Jemputan Majlis Perkahwinan ShafiQ

Ni le butir-butir perihal majlis perkahwinan shafiQ..

date : 9/11/2008
: Ahad...
venue : pontian, Johor.

Makanan yang disediakan dijamin menyelerakan lagi melazatkan..
sampai menjilat pinggan WoOOo..

Rumah Terbuka Hari Raya Aina..

Jika anda mempunyai kelapangan pada ahad ini.. pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadir ke rumah terbuka hari raya aina.. bertempat di Melaka..

Untuk makluman lebih lanjut.. Hubungi Jirun @ Aina sendiri..

Semua dijemput hadir ke rumah aina..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...