Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16) events (2)
Showing posts with label Huhu. Show all posts
Showing posts with label Huhu. Show all posts

Nak Tau Hujan Ke Tak Tanya Dukun Ni


Nak Tau Hujan Ke Tak Tanya Dukun Ni

Di pedalaman sebuah perkampungan Borneo, datang seorang mat saleh namanya Mr. Joe Labu. Hobi mat saleh tu suka meredah hutan. Tapi ada satu sebab  yang buat dia risau masa masuk hutan. Mr. Joe Labu ni takut hujan.

Orang kampung cuba bagi nasihat kat Mr. John supaya dapatkan ramalan daripada sorang Pak Dukun sebab ramalan dia selalunya sangat tepat..Maka Mr. Joe Labu pun pergi berjumpa dengan dukun tu dan bermula la perbualan seperti di bawah ni:

Mr. Joe Labu: Oreng kampung said, uncle pandai buat ramalan cuaca kan?? Hmm, can i know, tomorrow hujan or tidak?

Pak Dukun: Esok hujan. Confirm hujan..So, u jangan masuk hutan ok.

Mr. Joe Labu: Owh, really? Thanks ya. Tomorrow i takkan masuk hutan.


Keesokan harinya, Mr. Joe Labu datang lagi nak dapatkan ramalan hari seterusnya...
Mr. John: Uncle, tomorrow hujan atau tidak?

Pak Dukun: Tak hujan. So, u can pergi masuk hutan


Lepas dengar ramalan Pak Dukun, Mr Joe Labu segera menyiapkan semua kelengkapan untuk masuk ke hutan. Aktiviti Mr. Joe Labu berjalan dengan lancar. Dia rasa sangat gembira sekali sebab cuaca baik.

Pada malam tu, Mr. Joe Labu datang bertemu lagi dengan Pak Dukun untuk ucapkan terima kasih dan dapatkan ramalan seterusnya.


Mr. Joe Labu: Wow, you punya ramalan memang tepat uncle.. I sungguh tak sangka. Can i know cuaca esok pula uncle?

Pak Dukun: Saya tak tau la. Hari ni radio saya rosak..

Mr. Joe Labu:?????????

KENAPA JURURAWAT CANTIK ..?

Bila sebut jururawat, atau nurse terbayang seorang perempuan dengan wajah yang cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan. Terbayang semuanya muda² belaka. Walaupun sebenarnya jururawat ramai je yang sudah berusia..:)

(Aku blurkan muka sebab tak best pula ambil gambar yang mungkin persendirian ni. )
(Kredit: google)

Pernahkah anda terpikir, kenapa jururawat cantik.? Kerana jururawat tidak seperti pramugari yang syarat hendak masuk perlu cantik dan menarik. Jururawat lebih umum dan seseorang masuk bidang kejururawatan bukan disebabkan kecantikan semata-mata.

Jadi disini aku huraikan sedikit point² yang aku terpikir, kenapa jururawat nampak cantik.:)


1. Jururawat bekerja ditempat ber'aircond'.

Bekerja di kawasan berhawa dingin semestinya tidak sama kalau bekerja di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari ataupun bekerja di kedai² makan. Keadaan yang dingin juga mempengaruhi kecantikan seseorang. Suhu yang dingin secara tidak langsung akan mengurangkan masalah² seperti minyak di muka. So mereka berkerja di persekitaran yang baik tubuh badan, tetapi juga untuk muka mereka..:)


2. Persekitaran yang bersih.

Persekitaran juga mempengaruhi kecantikan. Cuba bayang jika orang seperti jururawat bekerja di bengkel. Comot juga mereka nanti. Oleh itu, apabila mereka bekerja di persekitaran yang bersih, secara tidak langsung keadaan mereka sentiasa bersih. Cadar, sarung bantal, meja, kerusi, dan lain² semuanya bersih. Anda juga semestinya tahu perkaitan kebersihan dan kecantikan kan.:)


3. Persekitaran yang tenang.

Apabila bekerja di persekitaran yang tenang, ia dapat mempengaruhi emosi. Tekanan juga tidak banyak seperti bekerja di tempat² lain. Mungkin tekanan sekali sekala jika ada kes kecemasan. Jadi apabila bekerja di tempat yang tenang, jiwa akan rasa aman, muka akan jarang berkerut, selalu tersenyum, dan diri berasa tenang. Mereka kelihatan cantik kerana jarang nampak mereka marah² atau berada dalam keadaan tertekan seperti kerja² lain.


4. Mereka tahu aspek kesihatan.

Mereka jururawat, sudah tentu mereka tahu apa yang ok dan tidak ok. Boleh dikatakan pengetahuan mereka berkaitan kesihatan adalah lebih baik berbanding kita orang biasa. Mereka mungkin tahu sesuatu perkara baik atau tidak berdasarkan penjelasan saintifik, bukan hanya dengar² cakap orang. Jadi mereka tahu apa yang baik untuk kesihatan kulit, muka, tubuh badan dan lain².


5. Pakaian seragam.

Percaya atau tidak, pakaian seragam yang dipakai jururawat menampakkan mereka lebih cantik.?.:)Pakaian yang mereka pakai menampakkan mereka lebih kemas. Dan ditambah lagi dengan pakaian mereka yang berwarna putih, semangnya menampakkan lagi kesucian mereka..cuba bayang jururawat pakai baju kurung yang pelbagai warna, kan kurang cantik berbanding pakai baju seragam berwarna putih.. Jadi pakaian mereka sebenarnya mempengaruhi penampilan mereka untuk nampak lebih cantik, anggun dan kemas.


6. Dah mereka memang cantik. Hendak buat macam mana.:)

Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika sememangnya sebelum mereka masuk jururawat lagi, mereka sudah cantik, semestinya apabila mereka masuk jururawat akan kekal cantik dan bertambah cantik.:). Untuk point ini, point² di atas menambahkan seri mereka selain sememangnya mereka adalah seorang yang memang cantik.:). Hendak buat macam mana kan.:)



------------------------------------

Point² yang aku lemparkan di atas adalah berdasarkan apa yang aku pikirkan semata². Dan aku tidak terlibat secara langsung dengan bidang kejururawatan..:). Mungkin anda ada buah pikiran yang lain.?.:) Dan aku rasa kalau ada jururawat yang baca, apa kata bagitahu buah pikiran korang betul atau tidak apa yang aku pikirkan ini.he3.

Dan satu lagi, perempuan dengan kerjaya sebagai jururawat adalah salah satu pilihan kegemaran bagi lelaki untuk dijadikan isteri.. Betul atau tidak.?. Orang laki cuba bagitahu sikit.ha3.

p/s: Tengok muka jururawat dengan muka cantik,senyuman menawan dan suara gemersik, kesakitan berkurangan separuh..:). 


Jangan buat² sakit sudah la ye.ha3

Lelaki pandang payu dara dulu

GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.

Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya.

Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. - Berita Harian

Maghi blaja kecek Klate

Bokbong - spesis musang
Pok Kor = spesis mengkarung
Ike Kkhonge = ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, gedik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yangnipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab"tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
samah = 50 sen
nyaknyo = kesianb
baloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buangr
hukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry,be happy!!!
IDAK KO = *****a
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (result),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market),
BOKK (book)
rhoba (rubber) pemadam
kona (Coner) Selekoh
strek (traight) Lurus

PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak



SEORANG pembeli termenung melihat dua botol petrol yang sama harga tetapi kandungan sukatannya berbeza yang dibeli dari dua buah stesen minyak berlainan di Kuantan.

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo tOksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...