Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16) events (2)
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

KERETA PM BRITAIN KALIS BOM




CIRI-CIRI istimewa kereta rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron.



LONDON - Kereta Jaguar XJ X351 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilengkapi pelbagai ciri istimewa bagi menghalang serangan pengganas, lapor sebuah akhbar semalam.
Banyak ciri tersebut dirahsiakan tetapi kereta mewah berharga £200,000 (RM977,309) itu dilaporkan memiliki perisai kalis bom, tayar masih boleh bergerak walaupun pancit, tingkap kalis peluru dan bekalan oksigen untuk digunakan dalam serangan kimia atau biologi.
Kereta itu juga dipercayai dilengkapi senjata yang boleh digunakan petugas keselamatan untuk membalas tembakan sekiranya mereka diserang.
Kereta XJ X351 itu mampu memecut selaju 264 kilometer sejam kerana ia dijana enjin petrol berkuasa tinggi dengan kapasiti 5.0 liter yang berupaya mengeluarkan 503 kuasa kuda (hp).
Kenderaan itu jauh lebih berkuasa berbanding Jaguar XJ standard yang cuma mengeluarkan 385 hp.
Satu kelemahan kereta tersebut adalah ia menggunakan banyak petrol iaitu 3.78 liter petrol untuk jarak 36.8 kilometer manakala pengisian tangki penuh memerlukan belanja sebanyak £104 (RM507).
- Agensi

Jumlah Penduduk Malaysia 2010

Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof berkata, jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.
”Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Wisma Wan Asia di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya, kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.
”Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor seramai 3.4 juta orang dan Sabah sebanyak 3.2 juta orang pada tahun lalu,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/ Demografi), Ismail Yusoff; Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Dr. Abdul Rahman Hasan dan Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor, Ibrahim Jantan.
Menurut Wan Ramlah, kadar pertumbuhan 2.1 peratus pada setiap tahun adalah sihat dan bukan satu keadaan yang mendadak.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, jabatan berkenaan kini mempunyai 10 pejabat operasi di seluruh negara termasuk di Kajang.
”Tujuan pejabat operasi ini ialah mempercepat dan memudahkan penyeliaan serta mengurangkan kos operasi penyiasatan,” katanya.
Mengulas bajet jabatan itu yang dikurangkan 30 peratus tahun ini, katanya, ia akan memastikan langkah penjimatan dilakukan dengan berkesan supaya perbelanjaan digunakan secara berhemah.
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi terkini seperti e-survey dan e-mel bagi membantu penjimatan perbelanjaan jabatan tersebut.
- UTUSAN

Cara Mengikat tali Leher

Ni beberapa cara untuk mengikat Tali Leher






Lepas tengok-tengok, aku rasa aku guna cara ke-3 .."The Windsor"

Kitab al-Quran 500 tahun


KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.
Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.
Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Kosmo

Asal usul simbol IT

1. Butang power ON/OFF

Simbol ini pada mulanya digunakan pada perang dunia 2 sebagai isyarat.Garisan menegak melambangkan angka “1″ yang ertinya hidup atau on, dan bulatan melambangkan angka “0″ yang ertinya mati atau off. Sementara bulatan yang tidak sempurna melambangkan keadaan standby.

2. Simbol Bluetooth

Simbol yang satu ini sudah tidak asing lagi buat mereka yang hobinya transfer data dari satu peranti ke peranti yang lain. Oleh kerana suka buah blueberry, raja Denmark ke-10, Harald Blatand mewarnakan salah satu giginya dengan warna biru.
Dan oleh kerana bluetooth yang pertama bentuknya seakan dengan gigi raja tersebut, ia digunakan yang melambangkan Raja Harald sebagai simbolnya.
3. Simbol ‘Play’

Belum ada kisah yang jelas kenapa segitiga digunakan sebagai lambang ‘play’.Yang pastinya, segitiga dianggap menjadi simbol penunjuk arah yang paling mudah dibaca. Keadaannya yang mengarah ke kanan mengingatkan kita pada arah jalan pita rakaman (kaset).
4. Simbol USB.

Lambang tongkat sakti menginspirasi simbol USB sebagai connector yang boleh menghubungkan dengan apa pun. Tiga hujung tongkatnya yang terbentuk dari tiga bidang, kotak, segitiga, dan bulatan seperti menegaskan USB adalah connector yang serba boleh.
5. Simbol @ (at)

Sebelum ada mesin cetak, penerbit perlu menulis tangan setiap naskah yang diterbitkan. Mereka menyingkatkan perkataan “at”, dengan simbol “t” yang melilit “a”. Maka jadilah simbol ini.

Perkara yang wanita perlu tahu tentang lelaki

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.
1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.
2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.
3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.
Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.
Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.
Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.
Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.
Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.
6. Lelaki mahu lebih seks.
Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.
Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.
Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.
7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.
Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.
8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.
Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.
9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.
Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.
10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.
Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.


-syokkahwin-

Name Means

"There is one happiness in life, to love and be loved"

Instructions:
What you do is find out what each letter of your name
means.


Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE !!)
(Isn't it GREAT !!)

PS : If you have double or triple letters, just count the meaning
once.


For Example : A S Y R A F

A You can be very quiet when you have something on your mind.

S You are very broad-minded.

Y You cause a lot of trouble.

R You are a social butterfly..

F Everyone loves you


A You can be very quiet when you have something on your mind.

B You are always cautious when it comes to meeting new people.

C You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.

D You have trouble trusting people.

E You are a very exciting person.

F Everyone loves you.

G You have excellent ways of viewing people.

H You are not judgmental.

I You are always smiling and making others smile.

J Jealously

K You like to try new things.

L Love is something you deeply believe in.

M Success comes easily to you.

N You like to work, but you always want a break.

O You are very open-minded.

P You are very friendly and understanding.

Q You are a hypocrite.

R You are a social butterfly.

S You are very broad-minded.

T You have an attitude, a big one.

U You feel like you have to equal up to people's standards.

V You have a very good physique and looks.

W You like your privacy.

X You never let people tell you what to do.

Y You cause a lot of trouble.

Z You're always fighting with someone

Bandar Kos Sara Hidup Termahal Di Dunia


Menurut BusinessWeek, kehidupan taraf tinggi di’beberapa negara seperti jepun telah menyebab’kan harga barangan harian menjadi mahal, sehingga 4 bandar utama’nya menduduki tangga top 5 dalam senarai. Dalam masa yang sama, ibu negara Angola (Luanda), mengekal’kan kedudukan sebagai bandar paling mahal dalam dunia. Kami menyaran’kan anda agar tidak melawat kelima-lima bandar di’atas, melain’kan kalau anda mampu membayar satu set makanan tengah hari pada harga RM200,

1. Luanda, Angola
2. Tokyo
3. Nagoya, Japan
4. Yokohama, Japan
5. Kobe, Japan
6. Copenhagen
7. Oslo
8. Geneva
9. Zurich
10. Basel, Switzerland

Michael Jackson


Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.


Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung, mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu. Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan. Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.

male vs female


Duit

Seorang lelaki akan bayar 2 Hinggit untuk barang berharga 1 Hinggit yangdia perlukan.
Seorang perempuan akan bayar 1 Hinggit untuk barang berharga 2 Hinggit yangdia tak perlukan tapi ada sale….


Bilik Air

Lelaki biasanya ada maksima 5 barangdalam bilik air iaitu berus gigi, obatgigi, pisau cukur. Krim Pencukur dan Sabun (semua tu pon rembat kat Hotel)
Kadar purata barangan wanita dalambilik air adalah 37. Barang barang nihkorang tak kenal pon jadik takyah lahsenaraikan kat sini


Berhujah/Berdebat

Seorang pompuan memiliki kataputus/akhir dalam setiap perdebatan.
Apa apa yang lelaki katakan selepasitu akan di jadikan bahan permulaanperdebatan baru.

Kucing

Pompuan suka Kucing .
Lelaki kata dia suka kucing , tapi bila pompuan tak nampak disepaknya kucing tuh ahaksss….

Masa Depan

Seorang pompuan risaukan masa depannyasehingga dia mendapat suami
Seorang lelaki tak penah kesah risaukan masa depan dia hinggalah diadapat seorang isteri

Berjaya

Seorang lelaki yang berjaya adalahlelaki yang mampu membuat banyak duituntuk di belanjakan oleh isterinya
Seorang pompuan yang berjaya adalah pompuan yang berjaya memikat lelakiseperti di atas… ahaksss


Perkahwinan

Seorang Perempuan mengahwini seoranglelaki berharap dia akan berubah tapitak gak berubah ubah sampai ke tua…
Seorang lelaki berkahwin denganseorang pompuan berharap dia takkanberubah, malangnya semuanya berubah…mental dan fizikal ..


- Pengetahuan Am -


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak
bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.


Left Brain VS Right Brain

LEFT BRAIN FUNCTION

Suses logic
detail oriented
facts rule
words and language
present and past
math and science
can comprehend
knowing
acknowledges
order/pattern perception
knows object name
reality based
forms strategies
practical
safe


RIGHT BRAIN FUNCTIONS
uses feeling
"big picture" oriented
imagination rules
symbols and images
present and future
philosophy & religion
can "get it" (i.e. meaning)
believes
appreciates
spatial perception
knows object function
fantasy based
presents possibilities
impetuousrisk taking


Kalau nak tahu kita didalam kategori yang mana sila copy paste kedalam address bar browser anda. http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,22049,22535838-5012895,00.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...