seorang sahabat saya meunjukkan jam tangan yang baru dibelinya di pasar rabu semalam. jam tangan tersebut berjenama jordan dimana ia boleh bertukar warna mengikut peredaran waktu. agak teruja untuk saya miliki nya kerana bagi saya, sesiapa yang memiliki jam tangan tersebut ketika itu...ia agak uptodate, sesiapa yang memakai jam tersebut juga akan kelihatan agak terpelajar sekira nya melintasi sekumpulan pelajar2 wanita yang sedang asyik bermain mak2 dengan patung barbie mereka.....
lalu sesi persekolahan hari itu agak membosankan kerana fikiran saya ketika itu hanya pada jam tangan jordan. menjelang petang, saya mengajak ayah ke pekan. kelihatan pula poket ayah agak berisi ketika itu, makin saya gembira, jam tangan bertali hitam semakin jelas terbayang dalam kepala saya. tentatif pertama saya, saya mengajak ayah minum cendol untuk meghilang kan tekak yang haus....juga untuk memulihkan kembali tenaga ayah yang kelihatan letih.......
keesokkan nya, saya ke sekolah dengan perasaan bangga, sangat bangga. bukan kerana saya memakai jam tangan jordan tetapi ayah menggantikan jam tangan jordan itu dengan pensel tekan dan saya kira, saya lah pelajar darjah 3hijau yang pertama menggunakan pensel tekan. saya tidak lagi menggunakan pisau kecik untuk menajamkan mata pensel saya. sahabat2 saya yang lain juga berminat dengan pensel tekan saya..saya sangat bangga.........
No comments:
Post a Comment