BLOG
Alert
(14)
Announcment
(15)
Blogger
(8)
Cerita Lawak
(25)
Fakta Number
(17)
Girls
(4)
Gosip
(2)
Huhu
(6)
Info
(23)
Internet n komputer
(14)
Kids
(3)
On Cinta
(12)
Pengetahuan Am
(12)
Renungan
(59)
Solat
(7)
Tips
(16)
events
(2)
KOPI KLUANG RAILWAY DICAMPUR GELATIN BABI - JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR
Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.
“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.
“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Ni berita zaman bila ni? Barunke? Dulu dh ada kuar berita ni pastu dh ok bila diorg samak kedai dan explain pd org awam. Hope blogger dpt bg tarikh berita ni supaya x jd fitnah
Please verify this. Put up the exact date.
Dlm kopi sendiri...gelatin babinya..samak apa..
JAKIM need to clarify on this:
http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=&negeri=&category=&cari=Kluang%20rail
Kena samak perot yang mentekedarah kopi tu������
Kemungkinan mentega yang di masukan atau campurkan semasa memanggang biji kopi...salah satu bahan resipi kopi Hainan dan lazimnya mentega ni mahal dan pek dlm tin bulat kemasan dari Australia
Kemungkinan mentega yang di masukan atau campurkan semasa memanggang biji kopi...salah satu bahan resipi kopi Hainan dan lazimnya mentega ni mahal dan pek dlm tin bulat kemasan dari Australia
Zaman YB Datuk Zainal, bekas Exco ugama BN dulu...jgnlah buat fitnah seolah2 berita baru...maklumkan saja, kalau kedai kopi Station Kluang menjual kopi yg tak halal, Jab Igama kan ada, biar mereka uruskan...
siapa hm? boleh letak link JAJ keluarkan statement tak?
TAHUN BILA PUNYA CERITA NI?
#mf
Kalau begitu, ramai la para riders drivers tourists adventureoures muslim mukmin serta para muslimat mukminat yang terkena.
klau taktau takpe laa nak samak2 ape lg..dah tau tak payah la pegi dah kdai tu..bab menakutkan org nombor satu..
Yg bodohnya org muslim yg pergi mentedarah kat sana xtengok ke ada logo halal ke x? Main tibai je!
ada status halal dari JAKIM. Suka la ikut fitnah.
http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=&negeri=&category=&cari=Kluang%20rail
Kalau tengok dari blog tu, ini berita dari tahun 2011...
memang best eh jd pembela kaum kafir harbi??
Tak kisah lar kedai mana pun.. Kita yang tentukan nak makan dan minum kat mana.. Kalau was2 jangan pergi.. Pekerja muslim pun ada kat sana.. Nasi lemak pun org muslim yang buat dan letak situ.. Mohon JAIJ letak kat halaman rasmi lar.. Setakat blok tu macam2 cerita..
Samak apa? Bkn kedai dispu gelatin bbi.. Kopi dicampur. Nak samak menatang apa? memang haram jadah..
Nick asyraf..muka elok..tp xsangka kaki fitnah..malu la bodo..dorg ada sijil halal kot..aku akan forward ke management kluang rail coffee..sampai kau kena
Aku x slhkm cima tu.yg banggamg melayu haprak
Ni artikel tahun 2011 la,cerite lama ni,tak tau siapa yg tularkan semula,blogger jadi mangsa
Aku comment ni kan, sebab sehingga 20 October 2019 ni, masih lagi tersebar berita Kluang RailCoffee tak halal ni dalam WhatsApp group terutamanya dalam kalangan golongan veteran ni, mereka sangat mudah terpengaruh. Link blog yang ini lah, yang korang tengok ni.
Kita kena tahu. Kena tahu bahawa, sistem sekarang makin maju wahai abang kakak. Agensi kerajaan sentiasa up to date untuk ikut arus masa. Mereka juga tahu bahawa masyarakat awam seperti kita juga punya hak.
HALAL JAKIM ada portal online untuk orang awam SEMAK STATUS HALAL.
Namanya PORTAL RASMI HALAL Malaysia, bahasa inggerisnya HALAL MALAYSIA OFFICIAL PORTAL.
Kenapa online? Sebab sekarang semua pakai online - bank online, Facebook pun online, semua di hujung jari.
Jadinya, MARILAH KITA JADI MASYARAKAT YANG BIJAK, SEMAK DULU sebelum tumpang heboh.
Kalau kau orang malas sangat nak semak, nah, copy link ni, aku dah sedia kan dah. Tinggal paste & cari je.
http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=
1. Bawah 'Verify Halal Status' type KLUANG RailCoffee, klik kanta sebelah kanan untuk cari.
2. Lepas keluar result, klik simbol kanta sebelah kanan bawah syarikat untuk tengok DETAIL.
Conclusion, Kluang RailCoffee punya status HALAL ye pakcik, makcik, abang, kakak. Geram aku. Kalau boleh attach gambar dekat comment ni, dah letak dah aku maklumat PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA Kluang Railway ni punya.
-Sudah2 lah tu ye semua. Kita hentikan semua berita palsu ni ye. Semak dulu.
Masyarakat bijak, negara maju.
sibok korang
hal lama lah
palsu lah
halah jakim lah
yg bodo mmprthnkn pn ada
mmg bodo, g lh warung kedai cafe melayu, brlmbak ada.. x perlu halal jakim.. nk g cafe cina ni jugk wt pe..
bodo x abis2
Isu status Halal adalah isu undang-undang.
Undang-undang asasnya ialah iktikad dan pegangan masyarakat.
Kita perlukan undang-undang, tapi kita kena ingat bahawa undang-undang hanyalah pelengkap atau pemudah.
Maknanya undang-undang tidak akan dapat menyelesaikan masalah asas, walaupun tak nafi ia membantu.
Muslim sepatutnya, bertepatan dengan erti kalimah Islam, dapat menundukkan hawa nafsunya agar menjauhi kedai makan syubhah.
Kedai makan syubhah ialah kedai makan yang dimiliki orang bukan Islam, walaupun ada sijil Halal. Ini pandangan peribadi atuk.
Ini kerana undang-undang perlu penguatkuasaan.
Penguatkuasa melalui tiga wasilah menurut Ibnu Ashur.
Pertama, iman. Kedua, budaya. Ketiga, penguasa.
Kedai makan bukan Islam yang ada status Halal, hanya ada penguatkuasa ketiga, iaitu penguasa.
Persoalannya, adakah penguasa berkaitan, contohnya pegawai Halal, boleh pastikan sepanjang masa bahawa prosedur dipatuhi?
Kedai makan orang Islam, ada penguatkuasa iman dan penguatkuasa budaya (Melayu sebagai contoh).
Jadi, jauhilah kedai makan orang bukan Islam, walaupun ada logo Halal, kecuali terpaksa dan tiada pilihan lain.
Itu yang ada status Halal. Kedai bukan muslim yang tiada status Halal lagilah jangan masuk.
Tapi, muslim akhir zaman sekarang ini mereka tak peduli.
Kita bising pasal logo Halal, mereka melantak di kedai makan bukan Islam sambil berkata kat kita, “Lantaklah kau orang, aku peduli apa”.
Jangan kata di mall di kota metropolitan, di kampung pun masih ramai jenis muslim macam tu.
Atuk nak cakap satu saja. Jangan lupa tarbiyah imaniyah terpenting dalam segala hal.
https://www.facebook.com/share/p/1B14i5MFAK/
Post a Comment