KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.
Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.
Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut...
