Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

Universal Studio Singapore (USS)

Hi All!
Untuk kali ni, saya nak kongsi pengalaman perjalanan kami ke Universal Studio, Singapura.
Untuk ke Singapore, kita boleh menggunakan 3 cara :
  1. Direct flight dari budget airlines seperti AirAsia, Tiger Airways atau Firefly (1 jam perjalanan).
  2. KTM dari KLsentral (8 jam perjalanan)
  3. Bas business class dari lokasi terpilih dan bas ekpress biasa dari TBS atau Pudu Sentral (5 jam perjalanan).
Kali ini kami ingin mencuba 2 pengangkutan, kapal terbang dan bas.
Memulakan perjalanan pagi, dari LCCT terus menuju ke Changi International Airport. Perjalanan mengambil masa sejam je. Tak sempat nak order makanan. ;)
Changi Terminal 2
Sampai je di Changi,  dari arrival hall, turun satu tingkat untuk cop passport dan terus ke  Terminal 1. Dari situ ambil SkyTrain untuk  ke terminal 2.
Di terminal 2 pula, turun satu tingkat untuk ke stesen MRT. Ambil MRT ke Tanah Merah melalui laluan Joo Khon. Sila berhati-hati di situ. Takut ternaik laluan Pasir Ris. Beli tiket sekali je, walaupun tukar2 train (S$2.30).
Jangan salah train yah!
Sampai Tanah Merah, tukar ke platfom B dan naik train ke Outram. Di Outram, pergi ke East-West Line, naik MRT ke Harbourfront.
Harbourfront Food Court - S$5.80
Sesampainya Harbourfront (Vivo City), memandangkan masih awal, USS pula dibuka pada pukul 10.00 pagi, kami ke tingkat  bawah sekali. Ada banyak kedai makanan dan medan selera. Alhamdulillah, ada pilihan makanan HALAL.  Boleh la makan-makan atau beli makanan ringan; roti dan air mineral sebagai contoh. Dalam USS agak mahal. Sorok2 sket ye!
Level 3, Harbourfront (Vivo City) - Sentosa Station ke USS
Kemudian, kami naik tingkat 3. Kat sini kita ada pilihan samada monorail (S$3), kereta kabel (S$2) atau bas (S$1) untuk ke Resort World Sentosa. Tapi yang paling cepat ialah monorail. Tiket train sila simpan sebab ia adalah tiket dua hala. Kalau tak mau susah-susah, dari Changi terus ambil teksi. Bayar je! Tapi mahal lah, dan perjalanannya agak jauh.
Pintu masuk USS
Turun je monorail, ikut je signborad ke arah Universal Studio. Kat situ ada 2 je pecahan. Samada nak ke USS atau ke Casino. Nampak je glob Universal studio tu, pergi ke arah kanan dan beratur untuk beli tiket. Kemudian, beratur untuk masuk. Di sini, mereka kurang tegas sangat. Lepas masuk kalau nak keluar balik, dorang bagi. Tapi kene cop lah. Jadi, jangan risau kalau nak keluar sekejap.
Hollywood!
Untuk mengelak beratur panjang dan kehabisan tiket (USS menghadkan sejumlah tiket untuk dijual dalam satu hari. Sistem yang sangat bagus. Mengelakkan taman tema terlalu sesak). Jadi lebih baik beli secara online. Tak perlu beratur, terus ke kaunter yang dikhaskan untuk menebus tiket. Jangan lupa print online purchase!
Cafe @ New York
USS dipecahkan kepada 7 bahagian. Lost World, Madagascar, Far Far Away, Ancient Egypt, Sci-Fi City, New York dan Hollywood. Pusinglah sehari!  Jangan lupa ambil peta dan jadual persembahan di pintu masuk. Jangan miss banyak show! Rugi! Shrek 4D paling best! Lagi satu, jangan lupa mencuba naik roller coaster! Hahahahah~ Sila tahan muntah!
Roller Coaster sakit jantung - Sci Fi City
Madagascar - Hollywood - New York
Makan jangan risau. Ada banyak restoran makanan segera. Harga normal. Semurah S$9.99 – S$14.99 untuk satu meal. Standard kedai makanan segera. Rujuk peta untuk melihat kedudukan port-port makan. Ada beberapa yang HALAL. Saya memilih Mel’s Drive In . Rasa macam Burger King. Sedap sangat! (lapar.. semua pun sedap!)
Mel's Drive In (Hollywood). Halal.
Untuk balik, kami memilih untuk menaiki bas Aeroline (sini). Setibanya di stesen HarbourFrount, kami turun ke tingkat bawah untuk ke HarbourFront Centre. Station bus terletak di tingkat bawah. Sila baca signboard yang banyak disana. Perjalanan ke Hotel Corus, Jalan Ampang mengambil masa 5 jam. Dan walaupun tiket dibeli di KL (lobi Hotel Corus), harganya masih dalam Dolar Singapura, iaitu S$50 tiap seorang, bersamaan RM117.
Dengan harga sedemikian, kami dihidangkan dengan makan malam, minuman panas (teh, white coffee atau milo) dan buah buahan. Kami juga diberikan headset bagi melayan mp3 atau filem-filem pada panel lcd dihadapan tempat duduk.
Dalam perjalanan, kami melalui dua pemeriksaaan kastam. Iaitu di Tuas. Di situ, kami cuma dikehendaki mengemukakan paspot untuk dicop. Manakala di tempat yang kedua, segala barang milik kami dibawa turun bagi tujuan pemeriksaan. Bas tidak berhenti di kawasan rehat, melainkan adanya permintaan.
Terdapat juga perkhidmatan bas-bas lain seperti Nice Coaches dan Five Star Tours. Tetapi pemilihan bas harus dibuat sebaiknya kerana tempat mengambil dan menurunkan penumpang adalah berbeza bagi tiap syarikat.
Enjoy!
Extra Info:
  1. Semua pembayaran menggunakan Singapore Dollar. ( S$1.00 – RM2.60 untuk masa ini – purata)
  2. Alhamdulillah, proses untuk masuk ke Singapura (Imigresen di airport Changi, pintu keluar Tuas) sangat mudah dan friendly.
  3. Bila dah plan nak ke USS, rajin2 lah login ke website mereka untuk tengok segala promosi yang ada. Saya sangat bernasib baik kerana membeli tiket menggunakan Mastercard. Dapat tiket berharga S$50 (20% diskaun) dan S$10 voucher membeli belah di kedai-kedai dalam taman tema.
  4. Elakkan pergi semasa hujung minggu atau cuti sekolah. Harga lebih mahal dan bilangan pengunjung sangat ramai. Tak syok kalau kena beratur panjang untuk tengok persembahan atau game. Sila rujuk laman web USS (sini) untuk info harga tiket.
  5. Singapura adalah negara bebas chewing gum dan sampah. Jangan lakukan disana. Kena saman nanti!
  6. Untuk muslim, sila bawa wet tissue. Tandas tanpa air!
kredit : http://backpackers.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...