Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (16) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (13) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

LELAKI SOLAT PAKAI JEANS KOTOR, WANITA TANPA TELEKUNG


Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa oleh sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan high heels-nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.
"Permisi Mas. Di mana tempatnya Musalla orang solat?" tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.
"Oh. Kapannya di sebelah sana. Belakang parkir kereta," saya menjawab dengan berbahasa Indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya.

Teman yang bersama saya ialah seorang mahasiswa di salah sebuah universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan budaya di Malaysia. Tidak menjadi sesuatu yang mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa rasa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!

Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu solat, saya dijemput mengimamkan solat. Di belakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakannya. Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua, namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!

Saya berkunjung ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Tanah airku. Ketika melalui surau di tingkat lapan, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau. Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menakjubkan jawapan mereka. Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata, "Saya tidak membawa telekung. Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya."
 Sekali lagi pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran saya. Saya masih mengambil yang postitif. MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!

Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.
Kehidupan masa kini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.

Pemakaian Telekung di Nusantara
Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti sesuatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan. Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat.

Di dalam surah al-A'raaf ayat 31 yang bermaksud:
يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.

Menurut Sheikh Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.

Ibnu Hazm pula memahami maksud 'perhiasan' disini adalah menutup aurat.
Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.
Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi Muhammad SAW, Tamim Ad-Dari pernah membeli sebuah rida' (selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.

Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung. Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu', Rasulullah SAW bersabda :

"Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya."
Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.

Telekung Pada Masa Kini
Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalahertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek ilmu Islam yang sebenar.
Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.
Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.
Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang. Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.

Lelaki dan Solat
Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadap Pencipta Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.
Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat, berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik. Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.
Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.

Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya (Ummu Habibah), "Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?" Ummu Habibah menjawab, "Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian tersebut."
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.

Penutup
Ini bukan kempen 'tak pakai tudung takpa janji hati baik'. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.
Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada. - ILuvIslam

KELAYAKAN PIALA DUNIA BRAZIL 2014 - MALAYSIA VS TAIWAN VS SINGAPORE


JURULATIH bola sepak kebangsaan, K Rajagobal tidak mahu terlalu ghairah membicarakan peluang Malaysia melangkah jauh dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 meskipun keputusan undian perlawanan pusingan pertama dan kedua semalam cukup memuaskan hatinya.
Pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bukit Jalil, skuad kebangsaan yang diletakkan di ranking ke-28 dalam senarai pasukan pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia bakal menentang Taiwan di ranking ke-40 pada aksi pertama 29 Jun ini.

Perlawanan pertama akan berlangsung di gelanggang lawan sebelum beraksi di arena sendiri pada 3 Julai ini.

Skuad Harimau Malaya yang kembali mencipta mana di rantau Asia Tenggara itu mampu menapak lebih jauh jika melepasi halangan pertama kerana tuah undian sekali lagi memihak mereka apabila bertemu pasukan Singapura di pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai ini.

SURAT DALAM BOTOL DIJUMPAI SELEPAS 24 TAHUN


Moscow - Setelah hampir suku abad setelah lelaki Jerman melemparkan surat dalam botol dari sebuah kapal di Laut Baltik, barulah dia menerima jawapan.

Seorang budak Russia 13 tahun, Daniil Korotkikh, berjalan bersama-sama orang tuanya di pantai ketika ia melihat sesuatu berkilauan terbaring di pasir.

"Saya melihat botol itu dan tampak menarik," kata Korotkikh The Associated Press Selasa. "Ini kelihatan seperti botol bir Jerman dengan sebuah plug keramik, dan ada mesej di dalamnya."



Surat tu berbunyi ...



It said: "My name is Frank, and I'm five years old. My dad and I are traveling on a ship to Denmark. If you find this letter, please write back to me, and I will write back to you."
The letter, dated 1987, included an address in the town of Coesfeld.
The boy in the letter, Frank Uesbeck, is now 29. His parents still live at the letter's address.
"At first I didn't believe it," Uesbeck told the AP about getting the response from Korotkikh. In fact, he barely remembered the trip at all; his father actually wrote the letter.
The Russian boy and the German man met each other earlier this month via an Internet video link.
Korotkikh showed Uesbeck the bottle where he found the message and the letter that he put in a frame.
The Russian boy said he does not believe that the bottle actually spent 24 years in the sea: "It would not have survived in the water all that time," he said.
He believes it had been hidden under the sand where he found it — on the Curonian Spit, a 100-kilometer (60-mile) stretch of sand in Lithuania and Russia.
In the web chat earlier this month, Uesbek gave Korotkikh his new address to write to and promised to write back when he receives his letter.
"He'll definitely get another letter from me," the 29-year-old said.
Uesbeck was especially thrilled that he was able to have a positive impact on a life of a young person far away from Germany.
"It's really a wonderful story," he said. "And who knows? Perhaps one day we will actually be able to arrange a meeting in person."

p;s
       bleh try gak ni .. mana tau kan.. satu dekad nanti baru jumpa.. mmg gempak kan .. hoho

JACKIE CHAN DILAPOR MENINGGAL DUNIA


NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam. Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu.

“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.”

Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti.

Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi

BAKAL BERSAING - 12 PELAJAR AF9


KUALA LUMPUR: Tiga daripada 12 peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diumumkan petang semalam terdiri daripada bintang realiti TV bukan terbitan Astro.
Pengumuman yang diadakan di AEON AU2 Setiawangsa memperkenalkan Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 24, bekas peserta program Mystar LG musim pertama manakala Mohamad Azri Abdullah (Azri), 23, menyertai program Mystar LG musim kedua .

Seorang lagi pelajar yang pernah menyertai program realiti TV ialah Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 19, yang pernah menjadi protege Jaclyn Victor.
Bagaimanapun, ketika menyertai program itu Erul tampil secara berkumpulan menerusi kumpulan Evo.


Tidak hanya menampilkan bintang realiti, AF9 turut memperkenalkan adik bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Nur Haidir Muhd (Kay), 22.

Selepas lima kali percubaan bermula musim kelima, tahun ini nasib menyebelahi Kay apabila diterima sebagai keluarga AF9.

Selain itu, Afif mempunyai tali persaudaraan dengan pelakon kacak, Kamal Adli yang muncul dengan filem Kembar Siang.

Melengkapkan kuota enam pelajar lelaki AF9 ialah Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 18, dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 20.

Manakala, pelajar wanita terdiri daripada Lenaber Haidir (Lena), 20, Zulaika Zahari (Laika), 22, Nur Atiqah Shaffudin (Eka), 21, Roshammizah Rosli (Miza), 27, Nur Suhada Jebat (Aida), 18 dan Queennera Francine Francis Kitingon (Nera), 19.

Lebih menarik, semua peserta AF kali ini mempunyai ciri khas suara yang unik serta personaliti tersendiri.

Pada majlis sama, barisan tenaga pengajar turut diperkenalkan. Mereka ialah Syafizawati dan Ning Baizura yang mengendalikan vokal, Adlin Aman Ramlie (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (guru bahasa Inggeris dan motivasi) dan Aris sebagai guru tari. - Metro

PENGASAS INTERNET MENINGGAL DUNIA

 PAUL BARAN 

LOS ANGELES - Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California pada Sabtu lalu, lapor akhbar The New York Times semalam.
Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS.
Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru.
Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut.
Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu.
"Baran tidak takut memilih jalan bertentangan dengan pendapat dan idea semasa," seorang timbalan presiden syarikat Google, Vinton Cerf dipetik sebagai berkata oleh akhbar berkenaan.
"AT&T berulang kali menyatakan bahawa idea rangkaian Internet itu tidak akan berjaya dan enggan terlibat dalam projek Arpanet," tambahnya.
Arpanet kemudian dibina oleh Jabatan Pertahanan AS dalam tahun 1969, lapor akhbar The New York Times. Ia akhirnya digantikan dengan Internet yang kita kenali sekarang. - AFP

KELEBIHAN SEORANG WANITA


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA...Mashaallah..Nauzubillah min zalik...!


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMINa279;

SEMENANJUNG MALAYSIA - TEMPIAS GEMPA BUMI JIRAN


KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.
Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.
“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.
“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam. -Kosmo

GEMPA BUMI MENGHAMPIRI MALAYSIA


KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.


Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini. - Kosmo

p:s
     Minta jauh la stunami melanda Malaysia.. Sama-samalah kita berdoa ye..

KEPUTUSAN MALAYSIA VS ETOILE FC

KUALA LUMPUR, (D5) - Perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini menyaksikan skuad negara terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang kelab Etoile FC.
Pada perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain Fakri Shaarani seawal minit ke-7, selepas dia menanduk kemas kearah gawang lawan.
Gol itu nyata membakar semangat barisan pemain Etoile sehinggalah mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-26, hasil rembatan luar kotak penalti oleh Hicham Bouchemial.
Permainan di separuh masa kedua pula dilihat lebih rancak, bagaimanapun percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan gagal membuahkan hasil sehingga ke tiupan wisel penamat.
Etoile FC adalah sebuah kelab profesional dari Perancis yang merupakan kalangan lapan pasukan jemputan luar bagi memeriahkan saingan Liga Singapura.
Keseluruhan pasukan ini diwakili bakat dari Perancis yang dibimbing jurulatih kelahiran Itali, Guglielmo Arena.
Mereka muncul pasukan luar pertama yang memenangi kejuaraan Liga S malahan pernah mengalahkan pasukan kebangsaan Singapura tahun lalu.
Etoile FC kini menduduki tangga ketiga Liga S selepas enam perlawanan yang menyaksikan mereka tewas dan seri sekali dalam aksi terakhir mereka. - Arena

RAJA, KUDA, & BUDAK

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"

TEH PANAS VS TEH SEJUK

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..



apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"

jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

2011 FIA FORMULA ONE ( F1 ) RACE CALENDAR


Click to Zoom

KOPI KLUANG RAILWAY DICAMPUR GELATIN BABI - JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR


Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,”
katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm

W.E.D.D.I.N.G










INTERNET EXPLORER IE7

Anda semua sudah biasa dengan Internet Explorer versi 7 ? Ada yang menyukainya ? Atau ada yang terpaksa ? Namun IE7 merupakan browser yang tidak terlalu berat berbanding Mozilla jika di buka banyak tab serentak.


Di sini diterangkan bagi mengatasi masalah IE7 yang kerap kali berulang jika anda sudah aktifkan konfigurasi pertama namun ia kembali semula.



Setiap kali hendak membuka IE 7 mesti menyakitkan hati apabila loading lambat gara-gara akses ke Internet perlahan disebabkan laman web konfigurasi IE ini tidak dibuka.

Untuk mengucapkan masalah Ie7 ini selamat tinggal

sila copy ini

REG ADD HKCU\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main /v RunOnceComplete /t REG_DWORD /d 1 /f

dan pastekan ke dalam RUN anda



dan tekan OK

Kemudian copy arahan ini pula

REG ADD HKCU\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main /v RunOnceHasShown /t REG_DWORD /d 1 /f

dan pastekan di dalam RUN anda



Tekan OK

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS PAKISTAN 2011| Kelayakan Olimpik 2012


 KUALA LUMPUR, (D5) - Malaysia mara ke pusingan kedua pra kelayakan Olimpik 2012 dengan agregat 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Punjab itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan meskipun Pakistan cuba mencari gol sebaik wisel ditiupkan.

 Pertemuan pertama di Stadium Shah Alam sebelum ini memihak kepada Harimau Malaya hasil jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail.


KEPUTUSAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 MALAYSIA VS PAKISTAN

Malam ini akan berlangsung perlawanan antara skuad Harimau Malaya menentang Pakistan bagi kelayakan Olimpik 2012 di London. Pasukan kebangsaan akan membawa bekal 2 gol ke Lahore Pakistan yang diperolehi pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Adakah skuad bimbangan, Ong Kim Swee akan mengekalkan prestasi seperti di Stadium Shah Alam dan ke pusingan seterusnya? Kita tunggu dan lihat sahaja malam ini.



Jadual perlawanan

Tarikh : 09 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa : 11 P.M. (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Punjab, Lahore Pakistan
Saluran : RTM1* & Astro Arena** (Channel 801)

KENAPA ORANG BOLEH BERUBAH~!

Kenapa org boleh berubah?napa org boleh berubah?knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?

[HARI NI]cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...

[ESOK]ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...

[HARI NI]bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."

[ESOK]bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."

[HARI NI]Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....

[ESOK]kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."

[HARI NI]kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."





[ESOK]usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.

[HARI NI]wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...

[ESOK]free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...

[HARI NI]kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"

[ESOK]8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.

[HARI NI]kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"

[ESOK]si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."

Semua ni pernah berlaku kan...dan mungkin sedang berlaku...inilah hakikat..susah nak cari seseorang yang memahami...walau mcm mana pun si dia lakukan..kita still setia kan...walhal, mungkin ada ramai ag yg leh ganti...itulah maknanya "SAYANG"....lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....lagi kita benci, lagi kita suka...lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....nak wat cam ne....redha je la... walau pun terluka..... ....hurmmmmm.... ......

SENARAI SEMAK BAKAL PENGANTIN

Senarai Semak Bakal Pengantin





6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.

* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.

* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan

* Pilih pengapit-pengapit anda

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan

* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

* Pilih baju untuk pengapit

* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.

* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda

* Sediakan dokumen ini:

o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan


4-6 Bulan

*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara

*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan

*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori

*Siapkan bilik atau rumah pengantin








3-6 Bulan

*Hadiri kursus Pra Perkahwinan

*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri

*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan

*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid

*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu

*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh

*Pilih cincin perkahwinan

*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri

*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda

*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.

*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh

*Tentukan aturcara majlis

*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin

*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.







2-4 Bulan

*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri

*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam

*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering

*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk

*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu

*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu

*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap

*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan








7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu

*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik

*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas

*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.

*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.

*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.






1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam

*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan

*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.

*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.

*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.


Hari Majlis

*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.

*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah

*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda


Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa

*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir

*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab

*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

*Selamat Pengantin Baru kepada anda....





selamat pengantin baru....

Koleksi Setem Termahal di Dunia

1. The Three-Skilling Yellow: $ 2.3 million
The Three Skilling Yellow41 Koleksi Setem Termahal di Dunia
Setem The Three- Skilling Yellow ini merupakan antara setem dari kerajaan Swedish pada tahun 1855. Pada tahun 1996, setem ini telah dijual dengan harga $ 2.3 juta menjadikannya setem yang termahal di dunia.

2. The first two Mauritius stamps: $1,072,260 – $1,148,850
The first two Mauritius stamps2 Koleksi Setem Termahal di Dunia
Setem Mauritius (1847) merupakan siri pertama yang dikeluarkan oleh British. Pada tahun 1993 setem yang berwarna oren telah dijual pada harga  $ 1,072,260 dan yang berwarna biru pada harga $ 1,148,850.

3. The inverted Jenny: $977,500
The inverted Jenny3 Koleksi Setem Termahal di Dunia
The inverted Jenny merupakan setem yang dikeluarkan pada 1918 oleh U.S. dan menggunakan imej jet Curtiss JN-4 dan teleh dicetak secara terbalik secara tidak sengaja. Insiden ini menjadikannya antara yang popular di Amerika.  Pada Nov 2007 Jenny stamps dijual pada harga U.S. $ 977,500.

4. British Guiana One Cent Black on Magenta: $935,000
British Guiana One Cent Black on Magenta5 Koleksi Setem Termahal di Dunia

British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) merupakan setem yang termasuk dalam kelompok setem yang mahal dan pelik. Setem ini dicetak pada kertas yang berkualiti rendah menggunakan dakwat magenta dan hitam disebabkan keadaan kecemasan. Cuma satu sahaja yang ada di dunia seumpamanya menjadikannya sangat unik . Pada 1980, ianya telah dibida oleh John Dupont pada harga $ 935,000.

5. U.S. Franklin Z-Grill: $930,000
U.S. Franklin Z Grill3 Koleksi Setem Termahal di Dunia

U.S. Franklin Z-Grill, dicetak pertama kali pada 1867 di US. Kini, setem ini hanya ada 2 sahaja. Pada tahun1988, setem  “Z-Grill” 1 cent  yang dicetak pada tahun 1868 dijual pada harga $ 930,000.

HIKAYAT PENJAJAHAN TANAH MELAYU

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....


1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera


1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana



Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...


1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...


Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .


Seminggu selepas



FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah


Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya


hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,

hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang

macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan

pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat

ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

TAFSIR SIFAT MELALUI CARA TIDUR

Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

* Janin dalam kandungan

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak

Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan

Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera

Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas

Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman

Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...