Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

KOPI KLUANG RAILWAY DICAMPUR GELATIN BABI - JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR


Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,”
katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm

24 comments:

fahmi said...

Ni berita zaman bila ni? Barunke? Dulu dh ada kuar berita ni pastu dh ok bila diorg samak kedai dan explain pd org awam. Hope blogger dpt bg tarikh berita ni supaya x jd fitnah

Unknown said...

Please verify this. Put up the exact date.

ibuyati said...

Dlm kopi sendiri...gelatin babinya..samak apa..

Anonymous said...

JAKIM need to clarify on this:

http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=&negeri=&category=&cari=Kluang%20rail

mann said...

Kena samak perot yang mentekedarah kopi tu������

Jentayu said...

Kemungkinan mentega yang di masukan atau campurkan semasa memanggang biji kopi...salah satu bahan resipi kopi Hainan dan lazimnya mentega ni mahal dan pek dlm tin bulat kemasan dari Australia

Jentayu said...

Kemungkinan mentega yang di masukan atau campurkan semasa memanggang biji kopi...salah satu bahan resipi kopi Hainan dan lazimnya mentega ni mahal dan pek dlm tin bulat kemasan dari Australia

Unknown said...

Zaman YB Datuk Zainal, bekas Exco ugama BN dulu...jgnlah buat fitnah seolah2 berita baru...maklumkan saja, kalau kedai kopi Station Kluang menjual kopi yg tak halal, Jab Igama kan ada, biar mereka uruskan...

Anonymous said...

siapa hm? boleh letak link JAJ keluarkan statement tak?

Anonymous said...

TAHUN BILA PUNYA CERITA NI?
#mf

Anonymous said...

Kalau begitu, ramai la para riders drivers tourists adventureoures muslim mukmin serta para muslimat mukminat yang terkena.

Anonymous said...

klau taktau takpe laa nak samak2 ape lg..dah tau tak payah la pegi dah kdai tu..bab menakutkan org nombor satu..

Unknown said...

Yg bodohnya org muslim yg pergi mentedarah kat sana xtengok ke ada logo halal ke x? Main tibai je!

Adam said...

ada status halal dari JAKIM. Suka la ikut fitnah.

http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=&negeri=&category=&cari=Kluang%20rail

Anonymous said...

Kalau tengok dari blog tu, ini berita dari tahun 2011...

nur-san said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

memang best eh jd pembela kaum kafir harbi??

Unknown said...

Tak kisah lar kedai mana pun.. Kita yang tentukan nak makan dan minum kat mana.. Kalau was2 jangan pergi.. Pekerja muslim pun ada kat sana.. Nasi lemak pun org muslim yang buat dan letak situ.. Mohon JAIJ letak kat halaman rasmi lar.. Setakat blok tu macam2 cerita..

ZMZ DMAS NURSERY said...

Samak apa? Bkn kedai dispu gelatin bbi.. Kopi dicampur. Nak samak menatang apa? memang haram jadah..

Nickasyraf kaki fitnah said...

Nick asyraf..muka elok..tp xsangka kaki fitnah..malu la bodo..dorg ada sijil halal kot..aku akan forward ke management kluang rail coffee..sampai kau kena

Unknown said...

Aku x slhkm cima tu.yg banggamg melayu haprak

Anonymous said...

Ni artikel tahun 2011 la,cerite lama ni,tak tau siapa yg tularkan semula,blogger jadi mangsa

Anonymous said...

Aku comment ni kan, sebab sehingga 20 October 2019 ni, masih lagi tersebar berita Kluang RailCoffee tak halal ni dalam WhatsApp group terutamanya dalam kalangan golongan veteran ni, mereka sangat mudah terpengaruh. Link blog yang ini lah, yang korang tengok ni.


Kita kena tahu. Kena tahu bahawa, sistem sekarang makin maju wahai abang kakak. Agensi kerajaan sentiasa up to date untuk ikut arus masa. Mereka juga tahu bahawa masyarakat awam seperti kita juga punya hak.

HALAL JAKIM ada portal online untuk orang awam SEMAK STATUS HALAL.

Namanya PORTAL RASMI HALAL Malaysia, bahasa inggerisnya HALAL MALAYSIA OFFICIAL PORTAL.

Kenapa online? Sebab sekarang semua pakai online - bank online, Facebook pun online, semua di hujung jari.

Jadinya, MARILAH KITA JADI MASYARAKAT YANG BIJAK, SEMAK DULU sebelum tumpang heboh.

Kalau kau orang malas sangat nak semak, nah, copy link ni, aku dah sedia kan dah. Tinggal paste & cari je.


http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=

1. Bawah 'Verify Halal Status' type KLUANG RailCoffee, klik kanta sebelah kanan untuk cari.

2. Lepas keluar result, klik simbol kanta sebelah kanan bawah syarikat untuk tengok DETAIL.



Conclusion, Kluang RailCoffee punya status HALAL ye pakcik, makcik, abang, kakak. Geram aku. Kalau boleh attach gambar dekat comment ni, dah letak dah aku maklumat PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA Kluang Railway ni punya.


-Sudah2 lah tu ye semua. Kita hentikan semua berita palsu ni ye. Semak dulu.

Masyarakat bijak, negara maju.

Anonymous said...

sibok korang
hal lama lah
palsu lah
halah jakim lah
yg bodo mmprthnkn pn ada
mmg bodo, g lh warung kedai cafe melayu, brlmbak ada.. x perlu halal jakim.. nk g cafe cina ni jugk wt pe..
bodo x abis2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...