Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

AJAR ANAK CAKAP BETUL

konon cerita si ampunya cerita...ada seorang ibu yang ingin mendidik anak supaya tidak bercakap kotor di hadapan orang, telah mengajar anaknya beberapa perkataan yang menurut si ibu , kotor! Maka bagi menggantikan perkataan kencing, ibu ajar anak supaya cakap, ibu man nak nyanyi!

jadi setiap kali si anak nak kencing, dia cakap; ibu, man nak nyanyi. maka si ibu yang memang faham maksud si anak, tahu maksudnya.

suatu hari, si ibu telah menitipkan anaknya di rumah bapaknya, kerana out station agaknya. jadi malam tu si man tidur dgn atuknya. tengah malam si man terbangun kerana nak kencing. dia pun cakap; tuk, man nak nyanyi! kata atuk; hish, tengah malam buat apa nyanyi, esok aje lah! si man dah tak tahan, terus menjerit; man tak kira, man nak nyanyi jugak, sambil menangis.
si atuk tak tahan bising, akhirnya cakap. oklah. nyanyi kat telinga atuk!
pengajarannya, jangan ajar anak/budak ajaran sesat. kita yang susah nanti......

Gadis Yang Dibawa Balik

Tahun 2020. Namun masih ade gak org yg berfikiran kolot lagik. Kampung Semut Warna Warni.

"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham nganbapak ni.."
"Tak paham apa pulak Din.."
"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."
"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."
"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"
"Ya Allah ... Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikiran kolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."
"Bapak.. walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Tak kira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! paham bapak? sudah lah!"
Malam tu...

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.
Apa nak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah dari mana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpd bapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apela bapak ni..
Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...

Dengan sepantas kilatDin menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.
Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni... Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..
"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!

Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...
"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

windows 7




Extreme Seven 2009 Premium - SP3 - Final - April 2009 Genuine
RELEASE INFO
Program Type .... OS
Platform ............. Windows XP Professional
Language .......... Multi-Language
Image Type ...... ISO
Size..................... 874MB
ABOUT
this is the 1/3 final edition of extreme seven 2009 it is the basic.lite edition with some new appz and some windows 7 look a like appz
Intergated:
Google Chrome 0.3.154.0
Nero MicroFirefox 3.0.6
VLC 0.9.2
Internet Explorer 7
Windows Media Player 11
WinRAR 3.71
Kaspersky Internet Security 2009
... And More

I'm sorry.....

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di BP Mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kah Kah Kah, gelak jgn tak gelak

Wallpaper For Share





Saja nak share wallpaper yang aku buat khas untuk laptop berskrin 1280 x 800 sahaja...

2 Perkara...

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Pantun Ikut Negeri...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makan kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sardin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N.Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

KL/Selangor...
Wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

Kedah...
Alor Setaq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami jual pasemboq
Lepaih raya usah dok teriak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu-lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Apa-apa pun bahasa pengantar.. kita tetap darah yang sama...

Wallahu 'alam bissowab...

Jenih Darah...he2

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Benarkah ini semua....?
Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...

Ape Barisan Kite

assalamualaikum

Allah S.W.T menjanjikan sesuatu buat hamba-hambanya.Pada hari akhirat nanti, Allah akan menyusun hambaNya mengikut amalan yg dibuat di dunia.

Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran.

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat.

Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli.

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus. Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang lain teraniaya.

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.

Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala). manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.

Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka di dunia memakan harta anak yatim.

Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya.

Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia meminum arak.

Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya. Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.

renung-renungkanlah

Karangan terbaik UPSR 2008..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Asal-usul Khinzir a.k.a Babi a.k.a H1N1


Citernye gini..

sbnrnya babi ni adalah natang yang paling hensem atas muka bumi ni..xde la natang len yg ag hensem dr dy..babi ni suke mengembara tau..pada 1 hari babi ni g la mengembara n terjumpa 1 bukit ni.bukit ni tggi n besau tau..masa natang tu nk nek bukit tu tbe2 ujan..2-3 hari kemudain baru la ujan berenti..natang tu pom nek la bukit tu..nile sampai kat puncak bukit tu ujan smula..natang tu xmo tggu ujan berenti n nak turun gak bukit tu..dy pom turun la..mule2 ok je..sampai kt tgh bukit tu natang tu licin n terjatuh...bertambah malang bile dy tersodok tanah tu..ad la lbey kurang 400 meter gak natang tu menyodok tanah nk sampai ke kaki bukit tu..bile sampai kat kaki bukit tau hidong natang tu da jadi xcam dlu ag..sbb tu la idong babi jdi gitu...

tamat la suda pelajaran sejarah untk hr ni..ank2 jgn lupe wat rivisyen tau..mggu dpan ckgu nk wat test..
sekian..

*kowg tau x nape anak babi jl tunduk je? sbb dy malu owg cakap mak dia babi

Tanda2 awal jatuh cinta

Tanda-tanda awal...

  • U ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu u asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat u ke tak.

  • U jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,
    U jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara diau automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

  • Uiii.. u cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa..Kekadang u rasa u kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari u.

  • U dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia u rasa macam dunia ni u yang punya.Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata u tapi upun hairan kenapa u mesti ada perasaan macam tuterhadap dia..

  • Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa sajapemberian darinya u simpan sampai penuh almari rumahu..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu u gigitbalik...uiii..ganehnyer..
  • Kadang kala u sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat u tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya u sendiri yang makan hati..tapi u tak sedar kenapa u buat macam tu..kenapa u nak bagi dia jeles kat u?

  • U percaya padanya. U sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. U juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan u tapi u tetap sudi melayan karenahnya.

  • Bila family U sebut pasal jodoh, U cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak U dok terbayang-bayang U bersanding dengan dia..cis!!

  • Hmm...itu adalah secebis perasaan U kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa u treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang u ni dah jatuh hati padanya..

  • U tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri usendiri. U tau kenapa? Sebab u punya ego tu tinggi sangat...apa susah sangat ker u nak declare yang u ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry kalau u ni perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang adacara tersendiri..

Moskot Michelin

huhu..!!~

Bandar Kos Sara Hidup Termahal Di Dunia


Menurut BusinessWeek, kehidupan taraf tinggi di’beberapa negara seperti jepun telah menyebab’kan harga barangan harian menjadi mahal, sehingga 4 bandar utama’nya menduduki tangga top 5 dalam senarai. Dalam masa yang sama, ibu negara Angola (Luanda), mengekal’kan kedudukan sebagai bandar paling mahal dalam dunia. Kami menyaran’kan anda agar tidak melawat kelima-lima bandar di’atas, melain’kan kalau anda mampu membayar satu set makanan tengah hari pada harga RM200,

1. Luanda, Angola
2. Tokyo
3. Nagoya, Japan
4. Yokohama, Japan
5. Kobe, Japan
6. Copenhagen
7. Oslo
8. Geneva
9. Zurich
10. Basel, Switzerland

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...