Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

ape ada pada WANITA????

Sedarlah wahai sahabat..

"Ketika wanita diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan bingkisan ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana...

Setiap Wanita itu Cantik....

- Pengetahuan Am -


1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak
bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.


20 things dat gals wants guys to know!!


1. We love when u cuddle with us

2. A kiss on the cheek is a deffinite yes

3. We want u to put ur arm around us at the movies

4. We don't care if u are the strongest guy in the world

5. Size doesn't matter so don't tell us

6. We don't always look our best so get over it

7. We shouldn't have to plan everything

8. We are always ready to talk so call us

9. We are not perfect so deal with it

10. We love surprises

11. The little thing u do mean the most

12 . We are not always giny girls

13. We can like boy stuff too

14. Cursing & fighting don't impress us

15. Don't be mean to us to get our attention

16. Don't tell us who is hot because we don't care

17. We can tell when ur not listening so listen up

18. When u saw we are cold that's our invitation to come closer

19. Hugs mean more sometimes

20. We need ur advice sometimes so don't be afraid to give it to us


EARTH HOUR


Dear all, In the course of carrying out my duty, I pledge to influence all whom I know to better understand climate change and promote EART HOUR. Please work together with us in switching of your electricity at home or wherever you are on the 28 March 2009 (Saturday) at 8:30 pm to 9:30 pm. Pass on this information to your family and friends in the quest to save the world.

Lagendary Gunung Ledang Trail..


Kenangan BersamMu..


Amacam!! siap berkabus lagi toWw..



Sepatutnya... gamba ni berlatar belakangkan gunung..

tp biasa lakan.. kabus tebal .. hik hik




Lima budak (mcam berjanji ja.. atas ke bwh sama)



Teka!! yg sorang lagi tu siapa??

tgk btol².. huuhu



Lewat Sebulan..


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam siisteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kitakena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuktidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehinggaianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB keranaterdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. PegawaiTNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah takboleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNBtu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut."APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewatsebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredardari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, diapun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB ygberdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia punmemekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nakheboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewatsebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkankeadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekanperkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphusnaik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encikpunya..........."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakaiapaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILINAJERRRLAAAAAAAA"
???????????????????.....................

Kita sebenarnya....


Kita sebenarnya....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya....Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..

Kita sebenarnya....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..TETAPI bila orang
tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberirezeki di dalamnya tanpa dihisab."(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)-wallahua'lam-

Surat Untuk Awak


Saya sukakan awak
Tp, itu tidak bermakna saya sukakan perbuatan awak..

Saya suka berkawan dengan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak berdua-duaan dengan lelaki itu

Saya memang sayangkan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak membonceng motosikal lelaki itu

Saya memang tidak suka marah awak
Tapi itu tidak bermakna saya tidak kisah awak membiarkan pipi awak dicubit lelaki itu

Saya memang jenis tak kisah (kisah sebenarnya!!)
Tapi,itu tidak bermakna saya tak tahu apa awak buat dengan lelaki itu (saya banyak link k..jadi berhati-hatilah kerana saya telah banyak mengupah SB mengintip awak)

Saya memang orang yang tak pandai tegur
Tapi, itu tidak bermakna saya suka awak berpegangan tangan dengan lelaki itu

Saya pernah dengar cinta itu indah dan harus dibuktikan (amboi3!!)
Tapi, itu tidak bermakna saya setuju dengan kenyataan itu

Saya tahu perbuatan mencium orang yang disayangi ádalah bukti kasih kita
TAPI, ITU TIDAK BERMAKNA AWAK WAJIB CIUM PIPI LELAKI ITU!
(arghhh..tamparan hebat buat saya!!)

Saya bukanlah orang yang baik, saya tahu itu
Tapi, apabila melihat awak, saya rasa kucing lagi baik daripada awak
Eloklah kiranya saya berkawan dengan kucing sahaja‘meow..meow..meh makan meh’…hu3

Saya tahu, kadang-kadang saya tiada masa menemani awak berhibur,
Tapi,itu tidak bermakna saya suka apabila awak keluar membeli belah bersama lelaki itu
(walaupun awak kata awak keluar dengan teman perempuan, tetapi deria keenam saya dapat tahu awak kuar dengan lelaki itu….! Ooohhhh…tidak..)

Saya memang pendengar yang setia
Tapi, itu tidak bermakna saya suka mendengar cerita awak mengenai lelaki itu

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo tOksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sosej dan lembu


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tidak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tidak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.

So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.
Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit,
masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance.
Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor...
menyusahkan plak tu...


Tuhan Tidak Wujud

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.tapi bila mereka mula berbicara mengenai allah,barber itu pun berkata,'' saya tak percaya allah itu wujud.''''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

'' cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa allah itu wujud. Kalau betul allah wujud,kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt bayangkan allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus.

Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sebenarnye barber jgk tidak wujud?''''kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''.kata barber.''tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.''ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!''.kata barber.

''tepat sekali!''.

Kata si lelaki tadi.''that's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.''

RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK



LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...