Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

Durian


Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarang cabangnya. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau membawa kepada kematian. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah selepas 4-5 tahun.

Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.

Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159 (ini adalah " Mon Thong " pelbagai). Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakan mereka dari "piawaian" jenis liar.

Michael Jackson


Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.


Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung, mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu. Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan. Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.

TRANSFORMER

Transformer adalah salah satu daripada puluhan cerita cerita kartun yang amat saya minati...saya membesar bersama cerita ini dan anda juga...dua ibu jari tangan saya angkatkan untuk cerita ini

optimus prime menyuruh jirun supaya belajar bersungguh sungguh kerana jirun amat meminati watak optimus prime sebagai abang angkat nya


tiga jejaka ini dikatakan dirisik oleh bumblebee untuk watak anak angkat bumblebee


ini adalah acara di tempat yang selalu budak perempuan dan budak lelaki dipisahkan....jadi jangan bawa teman wanita anda ke tempat sebegini

bumblebee: semua cakap...hoh...
budak2: hoh.....


acara terakhir adalah menyatukan dua insan yang telah lama terpisah....

Fadhilat Berpuasa Di Bulan Rejab

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN REJAB
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as

"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Diet cara Rasullullah.

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan semua?
Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... cubalaa..... ......... ......... .......... . Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Paddle Team










The Road Not Taken

suatu petang yang hening di bumi parit raja yang aman damai ini...saya melalui sebuah taman perumahan yang agak sunyi ketika itu. di pertengahan jalan, saya ternampak seorg makcik sedang membibit beg plastik...saya kurang pasti apakah kandungan beg plastik tersebut tetapi daripada bibitan makcik itu, saya dapat rasakan bahawa beg itu agak berat ...saya berkira kira...

angle side: kesian makcik itu, klo aku tumpangkan cene???

dark side: klo makcik itu seorg pencuri? kang aku tumpangkan, dia rompak aku kt atas motor tu...orang sekarang bukan boleh percaya pun...nampak je baik...

saya makin mendekati makcik itu...dan akhirnya terus berlalu meninggalkan makcik itu dengan beg plastik nya...

nampak nya saya mengikut kata hati darkside saya...kenapa...sebabnya pemilihan ayat ayat darkside saya lebih berhemah dari angle side saya.

Hutan Lipur Gunung Berlumut

















Aspiration...

this pic is cool for your 1280 x 800 screen resolution


Far away there in the sunshine are my highest aspirations. I may not reach them, but I can look up and see their beauty, believe in them, and try to follow where they lead...

MELANKOLIK SEBUAH MELODI

"kami sudah serik"

terkesima seketika pabila tadak menyoal saya "mana henset aku"...ketika itu,saya sedikit asyik mendengar lagu 'uitm dihatiku' sambil dibantu gaban yang berfungsi sebagai backup vokal...
kami ke ruang tamu...menyelongkar segala yang patut...dan membuat miscall sepertimana kebiasaan bila lupa letak handset......

"the number you have dial is not in servis" kata kakak operator itu..kami cuak...gaban pun...pintu rumah terbuka luas seperti sedang menyambut tetamu dihari raya...

kami musykil...dompet tadak pun tiada disisi..2 utas jam tangan kepunyaan gaban dan tadak yang dibeli dari lelong.com juga hilang...sah lah rumah kami diceroboh...kami mempunyai jiran dari seberang...tapi tidak menuduh mereka....

percaya lah jika anda mengunci pintu rumah anda..anda tidak akan kelihatan seperti gadis2...tapi jika rumah anda dimasukki pencuri...anda akan kehilangan punca

ILUSI SEBUAH OPTIK

bagi memberi kesan yang optimum...sila anda sertakan sekali cermin mata komeng pada bahagian mata anda...kesan yang menarik akan tertera pada kaca mata tersebut......







dan bagi gambar terakhir untuk entri ini, saya sertakan sekali gambar yang diambil ketika saya kebosanan yang amat dikala mengharungi shotcoz yang boring ini.....




p/s : sila lihat sepasang kekasih pada sebelah kanan gambar...itu sebenarnya ilusi sebuah optik...jejaka2 3org yang silih berganti itu hanyalah bagaikan pipi tersorong sorong

KRONOLOGI SEBUAH KEHIDUPAN

seorang sahabat saya meunjukkan jam tangan yang baru dibelinya di pasar rabu semalam. jam tangan tersebut berjenama jordan dimana ia boleh bertukar warna mengikut peredaran waktu. agak teruja untuk saya miliki nya kerana bagi saya, sesiapa yang memiliki jam tangan tersebut ketika itu...ia agak uptodate, sesiapa yang memakai jam tersebut juga akan kelihatan agak terpelajar sekira nya melintasi sekumpulan pelajar2 wanita yang sedang asyik bermain mak2 dengan patung barbie mereka.....

lalu sesi persekolahan hari itu agak membosankan kerana fikiran saya ketika itu hanya pada jam tangan jordan. menjelang petang, saya mengajak ayah ke pekan. kelihatan pula poket ayah agak berisi ketika itu, makin saya gembira, jam tangan bertali hitam semakin jelas terbayang dalam kepala saya. tentatif pertama saya, saya mengajak ayah minum cendol untuk meghilang kan tekak yang haus....juga untuk memulihkan kembali tenaga ayah yang kelihatan letih.......

keesokkan nya, saya ke sekolah dengan perasaan bangga, sangat bangga. bukan kerana saya memakai jam tangan jordan tetapi ayah menggantikan jam tangan jordan itu dengan pensel tekan dan saya kira, saya lah pelajar darjah 3hijau yang pertama menggunakan pensel tekan. saya tidak lagi menggunakan pisau kecik untuk menajamkan mata pensel saya. sahabat2 saya yang lain juga berminat dengan pensel tekan saya..saya sangat bangga.........

Lunch Rumah Bujang




Menu :
Ikan Goreng Kunyit.
Ikan Tonggal Masak Lemak Kunyit.
Telur Dadar Masam Pedas.
Sambal 3 Rasa Labuan..
Sayur Air..
n Tembikai Susu

Pak Imam dan Kaki lepak


Cerita lawak nie pasal kejahilan budak-budak sekarang, mari la kita sama-sama bermuhasabah siri kita melalui cerita lawak ini.

"Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”.
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.


He heee…”
Tok imam pun terkedu & terpana…

Tips Elak Bosan Dalam Lif

1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b’pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m’gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “diam, semuanya diam..!”

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji…

5. b’pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
” bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi…”

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah ” eh, cipan…cukup tak udara kat situ..?”

8. diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m’hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop…kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke….

10. buatla garis d lantai sekeliling anda m’ggunakn kapur..lalu beritahu
” ini adalah wilayah saya….!”

AMARAN: TIPS INI HENDAKLA DILAKUKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN.. hehe
penulis tidak akan bertanggugjawab dengan sebarang tindakan yang dibuat.. hehe

TOK BATIN DENGAN POLIS TRAFIK



Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.


'Tok, tumpang ke Pekan'
' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'
'Apa salahnye, naiklah di belakang'


Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anakbuahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.

Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.
Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.
'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.


'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'
'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi lerr... '

BUKAN KEPUNYAAN SAYA


menulis itu memerlukan imaginasi, suatu realiti bermula dengan imaginasi yang disusuli oleh satu tindakan paradigma yang dipanggil usaha...itu pesan guru tadika saya ketika saya lewat usia 6tahun...ketika itu, kami satu kelas sedang mengadakan satu lawatan sambil belajar ke perpustakaan sekolah rendah abang saya...saya nampak abang saya dalam kelas nya ketika itu....saya biarkan abang saya tadi kerana apa yang ingin saya ceritakan disini...bukan mengenai perihal abang saya. dengan berbekalkan sedikit kosa kata yang tidak seberapa ini...saya melahirkan pepatah pepatah yang kurang menarik kerana saya bukan nya ahli dewan bahasa dan pustaka..........................

saya baru selesai menonton wanita berkalung serban...agak berat persoalan yang dibangkitkan sehinggakan saya terpaksa menyoal teman saya yang umurnya kurang setahun dari saya, disepanjang cerita tersebut...saya juga terlelap dipertengahan cerita itu. wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki...lelaki pula lahir dari rahim ibu...juga wanita. jadi lelaki dan wanita saling memerlukan....keharmonian rumahtangga itu bermula dari kebahagiaan sepasang suami isteri....................

tapi percayalah kalian...blog ini bukan kepunyaan saya....saya hanya menumpang kasih sahaja...sehinggakan saya hampir tewas dalam desakkan sahabat saya untuk makan bakso petang nanti.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...