Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (16) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (13) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

Michael Jackson


Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.


Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung, mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu. Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan. Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.

1 comment:

islamic said...

alhamdulillah...arwah dikebumikan mengikut cara islam...menganut agama islam 2bulan...beruntung nya insan bergelar mikail jackson..itulah hidayah dari NYA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...