Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

KENAPA JURURAWAT CANTIK ..?

Bila sebut jururawat, atau nurse terbayang seorang perempuan dengan wajah yang cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan. Terbayang semuanya muda² belaka. Walaupun sebenarnya jururawat ramai je yang sudah berusia..:)

(Aku blurkan muka sebab tak best pula ambil gambar yang mungkin persendirian ni. )
(Kredit: google)

Pernahkah anda terpikir, kenapa jururawat cantik.? Kerana jururawat tidak seperti pramugari yang syarat hendak masuk perlu cantik dan menarik. Jururawat lebih umum dan seseorang masuk bidang kejururawatan bukan disebabkan kecantikan semata-mata.

Jadi disini aku huraikan sedikit point² yang aku terpikir, kenapa jururawat nampak cantik.:)


1. Jururawat bekerja ditempat ber'aircond'.

Bekerja di kawasan berhawa dingin semestinya tidak sama kalau bekerja di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari ataupun bekerja di kedai² makan. Keadaan yang dingin juga mempengaruhi kecantikan seseorang. Suhu yang dingin secara tidak langsung akan mengurangkan masalah² seperti minyak di muka. So mereka berkerja di persekitaran yang baik tubuh badan, tetapi juga untuk muka mereka..:)


2. Persekitaran yang bersih.

Persekitaran juga mempengaruhi kecantikan. Cuba bayang jika orang seperti jururawat bekerja di bengkel. Comot juga mereka nanti. Oleh itu, apabila mereka bekerja di persekitaran yang bersih, secara tidak langsung keadaan mereka sentiasa bersih. Cadar, sarung bantal, meja, kerusi, dan lain² semuanya bersih. Anda juga semestinya tahu perkaitan kebersihan dan kecantikan kan.:)


3. Persekitaran yang tenang.

Apabila bekerja di persekitaran yang tenang, ia dapat mempengaruhi emosi. Tekanan juga tidak banyak seperti bekerja di tempat² lain. Mungkin tekanan sekali sekala jika ada kes kecemasan. Jadi apabila bekerja di tempat yang tenang, jiwa akan rasa aman, muka akan jarang berkerut, selalu tersenyum, dan diri berasa tenang. Mereka kelihatan cantik kerana jarang nampak mereka marah² atau berada dalam keadaan tertekan seperti kerja² lain.


4. Mereka tahu aspek kesihatan.

Mereka jururawat, sudah tentu mereka tahu apa yang ok dan tidak ok. Boleh dikatakan pengetahuan mereka berkaitan kesihatan adalah lebih baik berbanding kita orang biasa. Mereka mungkin tahu sesuatu perkara baik atau tidak berdasarkan penjelasan saintifik, bukan hanya dengar² cakap orang. Jadi mereka tahu apa yang baik untuk kesihatan kulit, muka, tubuh badan dan lain².


5. Pakaian seragam.

Percaya atau tidak, pakaian seragam yang dipakai jururawat menampakkan mereka lebih cantik.?.:)Pakaian yang mereka pakai menampakkan mereka lebih kemas. Dan ditambah lagi dengan pakaian mereka yang berwarna putih, semangnya menampakkan lagi kesucian mereka..cuba bayang jururawat pakai baju kurung yang pelbagai warna, kan kurang cantik berbanding pakai baju seragam berwarna putih.. Jadi pakaian mereka sebenarnya mempengaruhi penampilan mereka untuk nampak lebih cantik, anggun dan kemas.


6. Dah mereka memang cantik. Hendak buat macam mana.:)

Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika sememangnya sebelum mereka masuk jururawat lagi, mereka sudah cantik, semestinya apabila mereka masuk jururawat akan kekal cantik dan bertambah cantik.:). Untuk point ini, point² di atas menambahkan seri mereka selain sememangnya mereka adalah seorang yang memang cantik.:). Hendak buat macam mana kan.:)



------------------------------------

Point² yang aku lemparkan di atas adalah berdasarkan apa yang aku pikirkan semata². Dan aku tidak terlibat secara langsung dengan bidang kejururawatan..:). Mungkin anda ada buah pikiran yang lain.?.:) Dan aku rasa kalau ada jururawat yang baca, apa kata bagitahu buah pikiran korang betul atau tidak apa yang aku pikirkan ini.he3.

Dan satu lagi, perempuan dengan kerjaya sebagai jururawat adalah salah satu pilihan kegemaran bagi lelaki untuk dijadikan isteri.. Betul atau tidak.?. Orang laki cuba bagitahu sikit.ha3.

p/s: Tengok muka jururawat dengan muka cantik,senyuman menawan dan suara gemersik, kesakitan berkurangan separuh..:). 


Jangan buat² sakit sudah la ye.ha3

8 comments:

Unknown said...

orang ramai pikir jadi nurse keje senang..lg2 kat gov..tp itu yg yg dorg nmpk..dodok j kat kaunter goyg kaki..hakikatnya,mereka xmliht mereka smsa ketiadaan diri mereka sndri...mereka lebih penat n letih semasa btugas...percaya x klu dkatakan mereka sebenarnye xde waktu rehat n bkerja dari mula shift smpi akhir?????kkdg minum air pun xsempt demi patient2 yg ad kat wad..xcaya,g la intvw dorg..aku ari2 intvw mak aku...=)

nabil said...

btul2.. keje jururawat pnat seh.. member ak nurse gak.. mmg xde break n dorg kne layan kerenah2 patient ngan baik.. dan bese dorg x ske jg wad pmpn(cerewet) n wad kecemasan(bnyk mat rempit)

Anonymous said...

betul2.. aku setuju.. mmg keje nurse ini penat.. aku tgk pun dia org pun kesian jer.. tapi nak buat mcm mn, bukan aku leh tolong semuanya pn.. skt2 blh laaa... keje doktor mcm aku ni pun.. penat jgk..

seputih uniformku.. said...

x sengaja terbukak blog ni n terasa nk komen plak as a nurse...hehee,bkn sume nurse keje dlm aircon tau..mcm sy ni,keje di klinik desa papan..panazzz..ble pegi keje mmg parlu bermekap cket utk keyakinan diri ble bckp dgn pesakit,senyum perlu slalu wlpun kdg2 dlm hati mbara2 mlayan karenah yg kdg kala x masok akal..aduiiii..pakaian perlu kemas dan gigi mesti putih..hehe..sy sdri pun klu tgk nurse yg masam dgn patient rs nk simbah muke dia dgn asid..hahahaaaa...x baik tauuu..

Anonymous said...

kecantikan tu datang dari dalam diri, kerja dengan keikhlasan, jujur dan mempunyai niat yang baik, haslinya kepenatan akan hilang perlahan-lahan, hati menjadi puas, keceriaan akan terpancar pada muka, tutur kata dan perbuatan.

mister engineer said...

i like your point. hihi
tapi kerja jururawat ni bukan senang, sebab tu sekarang malaysia dah maju dan kerjaya jururawat dah di upgrage bukan setakat sijil, malah diploma dan ijazah.

tang point kecantikan tu setuju sangat especially tengok jururawat pelatih under kerajaan, cantik belaka. no wonder la sbb nursing under gov dorang pilih berdasarkan interview and ada exam. hihi my yang cantik2 ramai masuk nursing under gov. i yang engineering ni jeles tau. haha

Anonymous said...

Ade je yg x lawa haha...tapi kecantikan bukan aspek utama pun,yang penting menolong pesakit aspek utama,kecantikan mungkin pada hati.

Fnd Rocka said...

to be fair, ramai yang tak laws..tamai juga yg laws..sama juga seperti profession lain.tapi yg kerja hat kapalterbang tu overrated sub aku tgk ramai yg besa2 je.hehek no offense

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...