Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (16) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (13) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

KEPUTUSAN ABPBH 2010 - SHANEIZY SAM BINTANG PALING POPULAR

Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.




Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.


Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.



Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.

   

Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

  

Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

   

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

  

Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

1 comment:

Mr Strider said...

hehe..Sam memang hebat pun..xsia sia sape yang undi dia..hehe..tapi sayang dia x menang pelakon drama lelaki popular..hehehe

Regards,
-Strider-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...