Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

BANK NEGARA KELUARKAN KEMBALI RM20 .

 Bank Negara mula edar awal tahun depan



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling siri baru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Dalam satu kenyataannya kepada media semalam, BNM mengumumkan reka bentuk mata wang itu dilakukan secara berkala dalam tempoh 12 tahun membabitkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100, manakala wang kertas RM50 yang berada di pasaran adalah yang terkini sempena ulang tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia sejak Disember 2007.
Turut direka bentuk ialah duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir masa kini.

BNM akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar. Pada masa sama, vendor pengendali mesin wang tunai diberi tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin dalam memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru berkenaan.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap mata wang baru ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling pengingatan siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri baru pada suku ketiga 2011, tidak lama lagi. - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...