Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (16) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (13) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

PASAL GILA AKAL


 Ada 3 org sahabat baik tinggal di sebuah kampong nama depa sorang gila sorang akal dan sorang lagi pasal..

Nak dijadikan cerita satu hari si akal ni ajak la kawan2 baik dia ni pi jalan2 kat bandar biasala depa ni asyik duk terperap ja kat kampong boring gak..

So depa pun pi la ke Bandar dengan mengenakan baju raya taun lepas sebab tu ja baju yang depa ada pun dan berjalan la depa ni ngan muka yang hepi go lucky menuju ke bandar..

Sampai ja di Bandar depa amatlah kagum dengan kemajuan Bandar tersebut dengan bangunan2 yang tinggi kat bandar.

Tengah2 depa ni dok syok jalan si akal ngan si gila x perasan yang si pasal ni dah terpisah daripada depa sampai la satu ketika si gila baru terperasan dia pun Tanya kat akal.. “ woi akal hang Nampak pasal x? ” akal pun menjawab “taktau la tadi dia dok elok ja jln2 ngan kita tau2 ja dh hilang aku rasa dia pi jamban kot ”

lalu pergilah depa berdua mencari sahabat baik depa si pasal di setiap tandas awam yang ada di Bandar termasuklah di kedai2 mamak dan yang sewaktu dengannya.

Setelah berjam2 mencari mereka tak juga jumpa si pasal ni dan si gila pun bagi la satu idea yang paling bernas pernah dia bagi seumur hidup dia. Gila pun cakap kat akal “ apa kata kita pi report kat balai polis ja? “ lantas akal menjawab “btol3 tp hg la report aku xpandai nk cakap ngan polis “

Berangkatlah depa berdua ke balai polis berhampiran dan sesampainya depa di sana si gila pun masuk ke dalam dengan muka penuh kagum dan si akal pun hanya tunggu di luar.

sampai di kaunter bermulalah perbualan antara si gila dan en. Polis itu :

En. Polis : “boleh saya bantu encik??”
Gila : “boleh2 saya nak cari pasal..”
En. Polis : “encik jangan main2 encik tau tak encik kat mana ni??”
Gila : “la sy tau la sy kat balai polis sebab tu saya datang sini nak cari pasal”
En. Polis : dengan muka yang agak bengang , “encik jgn main2 encik ni gila ke apa?
Gila : “ye sy mmg gila.”
En. Polis : sambil mengerut dahi “ akal ada??”
Gila : akal ada kat luar..
En. Polis : ???????????????

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...