Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) events (2) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16)

MENARA JAM GERGASI DI SISI KAABAH PETANDA KIAMAT?

Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa..?


  Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.

Perbandingan
Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,

5 kali lebih besar dari Big Ben di London

Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.


Makkah Moden

Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.

Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya
Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.

Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi).  16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..

Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.


Kadar Termurah RM633 

Moevenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah, Mecca,
mewah

Raffles Makkah Palace, Mecca,
untuk siapa?

Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bersebelahan Masjidil Haram

Spesifikasi bangunan menara jam
Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..

Amaran

Di sisi lain jika ditinjau, kelihatan ada sesuatu yang sedang di tunjukkan oleh Allah swt kepada umat Islam. Semakin moden manusia, semakin jauh mereka meninggalkan yang hak dan mementingkan kekuasaan, pengaruh dan kemegahan.

Umat Islam majoritinya sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan malah ada yang sedang dizalimi dan menjadi mangsa kebiadaban musuh, di masa yang sama ada pihak yang lain sanggup membelanjakan berbillion dollar untuk menaja kemasyhuran dan kemegahan. Jika tidak berlaku di Makkatul Mukarramah, ia tidak begitu ketara tetapi kini apabiila ia dibina benar-benar besebelahan Masjid al Haram yang terletaknya Kaabah, mengundang perhatian masyarakat Islam.

"Kompleks Hotel 7 Bintang" itu untuk siapa sebenarnya jika bukan untuk golongan atasan yang hidup mewah atau para pemimpin negara atau ahli keluarga di raja. Mampukah orang awan yang biasanya membawa wang hanya secukup hidup ketika mengunjungi Tabah Suci semasa menunaikan Fardhu Haji menginap di sana? Tentu sekali tidak. Mereka tidak layak.

Bagaimana pula perasaan mereka (orang awam) yang majoritinya miskin melihat golongan yang bermewah-mewah ini? Tanpa di sedari cabaran keimanan yang cukup hebat telah mulai melanda umat ini. Itu belum diambil kira tahap keimanan yang tergugat dengan adanya bangunan raksasa tersergam di sebelah Kaabah. Sekali gus meronta iman semasa menunaikan ibadat. Apakah dengan ini cahaya Kaabah akan turut merosot dan pudar di hati kaum Muslimin?

Mungkin juga kerajaan Arab Saudi yang kaya raya ini akan bermurah hati memberikan subsidi kepada jemaah yang miskin untuk sama-sama menikmati nikmat Allah ini. Sepatutnya ia berlaku begitu, sebagai Umara yang diberi amanah menjaga kepentingan jemaah di Tanah Suci Makkah ini. Jika ini terjadi, pembinaan tersebut merupakan satu anugerah Allah kepada umat Islam, tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu bencana, mengambarkan kemurkaan Allah kepada kita kerana mementingkan dunia berbanding akhirat

Persoalan seterusnya ialah siapa penguasaha projek ini selain kerajaan Arab Saudi? Apakah wujud matlamat yang terselindung di sebalik nada merdu yang dialunkan  "menaikkan imej kaum Muslimin dan memberi keselesaan kepada jemaah"?

Sesiapa yang pernah ke Mekah akan dapat mengesahkan bahawa bandar suci ini sudah semakin segar menuju ke arah sebuah pusat perniagaan dan pusat pelancungan berbanding menjadi tumpuan melaksanakan amal ibadah. Pelabur luar juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari projek mega seperti ini.

Ibadah Haji bakal bertukar menjadi aktiviti pelancungan? Satu suara yang amat menggerunkan kerana ia merupakan sesuatu yang terkeluar dari norma kemurnian Tanah Suci..

Seterusnya kita lihat situasi semasa, siapa yang akan menguruskan hotel mewah ini? Hotel, Pusat Belibelah dan Pangsapuri Mewah. dikendalikan oleh berbagai syarikat tempatan dan luar negeri termasuk syarikat besar seperti Fairmont, Raffles dan Movenpick.

Kata seorang bloger
Super-skyscraper yang dibangunkan di Makkah ini hanya tiga minit dari Masjidil Haram. Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick. Akan ada Raffles Makkah. Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream dalam restoran dengan pandangan atas Kaabah. 
Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore (original) dan Raffles Dubai.
Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.
Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci. Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!'  'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.

kredit : http://akhzaman.blogspot.com/search?updated-max=2011-06-26T11%3A25%3A00%2B08%3A00&max-results=9

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...