Click Here

Followers

BLOG

Alert (14) Announcment (15) Blogger (8) Cerita Lawak (25) Fakta Number (17) Girls (4) Gosip (2) Huhu (6) Info (23) Internet n komputer (14) Kids (3) On Cinta (12) Pengetahuan Am (12) Renungan (59) Solat (7) Tips (16) events (2)

Jom Balik Raya..



Sebelum ni.. aku tak excited pun pasal nak raya.. baju raya pun aku tak fikir, seluar pun tak jgk.. cuma aku da beli tiket je. tu pun nek bas UTHM, pesal smua tiket bas express da habis suda.. haha tp bila countdown seminggi lg nak raya, semua adik² da ada kat kg.. aku pulak jd excited.. tak dah nak menjejakkan kaki kat kG.. tak saba dah nak men mercun , men bunga api depan umah bersama² adik..

So, sebelum aku melangkah pulang.. aku ambil kesempatan ni.. pohon seribu kemaafan jikalau ade tersalah bhasa, tergurau perasaan.. n terkecil hati.. smoga kita sama² O - O, huhu..

Kepada mat² konvoi tu.. leklok atas moto.. jaga perasaan .. jgn nak ciluk je memanjang.. huhu kl terserempak aku di tgh jalan.. ajak la aku ketepi jalan.. nanti bleh aku minta duit raya.. hoho..

kepada yg nek kapal.. raya² jgk.. lepas raya tu . ingat la aku jgk ek.. nanti bawa le dtg pape utk aku.. hehe yg ikhlas.. hoho

kad sebagai pengganti diri


esok aku nak balik..td pas aku setelkan finite element aku...terasa plak nak post korang sesuatu..aku pon cri idea..pastu pepelahan aku cr gambar berkaitan ngan idea aku..mata aku da nak tido da..tp aku tahan je sebab nak sahor..aku da bungkos lauk kat makjah..sempat gak aku sembang ngan paklong...boleh tahan aje...hehehe..bdak2 antu ni nak ajak tgk bola..padahal esok dia xtau yang el syayeb nak salam sorang2..salam vibrate katenye..kalo xdtg abes la.mau kena petik pastu minus billion plak tu...mggu ni kena gak dtg walopon tido kat blakang..hehe..ni aku ade kad raye untuk korang..sebelom aku start motor..sebelom aku bungkos kerepek kat jehan..sebelom aku nak lepak2 kat mapley tgk bola..sebelom aku nak try motor kat highway malam esok..sebelom aku sarung baju JOM BALIK RAYA,hehehe...sebelom ape lagi ek...emm sebelom pape pon berlaku..aku nak bagi kad raya kat korang..nah hamek...selamat hari raya dari aku..jumpa pas raya aku tau ade duit raye..klo xde aku gigit telinga korang..hehhe.mane yg drive tu..hati2..jnj smpai ngan selamat..nak raya ni beb...ok lea..gua nak gerak tgk bola..

kad raya untuk semua


sebelum pulang ke kampung, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya..ikhlas dari aku..muhd fared...kepada kengkawan..kalo balik naek motor or kereta,pandu dgn berhemah..anda mampu mengubahnye..jgn jdkan raya tahun ini sia2,pandu dengan sepenoh hati,agar kepulangan yg dinanti lebih bermakne..xsabar rasanye nak balik..otak aku ni da mengong da..da xpikir nak buat lab finite..hahaha...ni aku ade selitkan kad raya untuk korang..nak bagi pakai yg real, bajet xcukop..

Gelaran Untuk Mudah Ingat..

Where are u.. Ouu

Download Lagu Raya


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa..
rasanye semua orang sudah tak saba nak beraya kan..
so untuk memeriahkan dan menghangatkan lagi penantian korang..
apa kata kita layan lagu raya dulu..

Logo Uthm Johor akan diletakkan di lengan kiri..

Design baju khas utk bdk2 since 07-BDD. . .
Utk tempahan sila hubungi 019-7628660. . .

Soalan Sukar Di Jawab

Kenapa Tarzan tidak mempunyai jambang?

Kenapa juruterbang Kamikaze memakai topi keledar?

Kita tahu kelajuan cahaya, apakah kelajuan kegelapan?

Kenapa ada istilah ‘tidur seperti bayi’ sedangkan bayi akan terjaga setiap 2 jam?

Kenapa pembakar roti di’rumah kita mempunyai setting untuk suhu yang tinggi sehingga mampu menghanguskan roti?

Kenapa lampu peti ais hanya ada dalam ruang sejuk, bukan ruang sejuk beku?

Kenapa irama lagu A,B,C,D,E,F,G… dan Twinkle, Twinkle Little Star sama?

Kenapa kita sering menekan butang lif lebih dari sekali?

Kenapa kita tekan butang remote lebih kuat walaupun kita tahu bateri hampir habis?

Kenapa anda mula berfikir untuk 9 soalan di’atas yang tidak sesekali membawa apa-apa perubahan?

7 fakta pelik

1.Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !

Type Of Girls


HARD DISK GIRLS:
she remembers everything, FOREVER

RAM GIRLS:
she forget about you, the moment turn her off

WINDOW GIRLS:
everyone know that she can't do a thing right, but no one can live without her.

SCREENSAVER GIRLS:
She is good for nothing but at least she is fun.

INTERNET GIRLS:
Difficult to access

SERVER GIRLS:
Always busy when you need her.

MULTIMEDIA GIRLS:
She make horrible thing look beautiful

CD-ROM GIRLS:
She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense .

VIRUS GIRLS:
Also known as "wife'' when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if don't try to uninstall her you will lose everything...
wat r urs??

Sejenak Di Kelantan


Diorang ni sebenarnya ngah
sarapan awal pg buta
(mcam sahur pulak )
kat kantin keretapi ni..

Pening tgk kuih byk sgt.. haha..
makanan pelik pelik.. tahi minyak.. tahi itik..
(semua tu kueh beb)

2 Gamba kat atas tu.. le pasar siti khadijah..
tempat yg slalu kuar tv tuh..


Bersantai di pantai cahaya bulan (PCB)
sambil dengar Dikir Barat..





Ni le buah nipah.. selalunya dapat dengar je kan ..
sekarang diorang siap dapat pegang lg.. huhu
isi dia mcam buah kabung..

Patung terbesar di asia tenggara.. kan?


Berani dia main pusat tu.. huhu





Makan di restoran terapung..
Mane nak dapat restoran mcamni..huhu
Murah2 je kL nak nek bot.. huhu..
Siap bleh drive lg pakcik ni ..
xcited giler nampak..

Pakaian Di Popularkan Siti Nurhaliza



Huhu..
Yang mane pilihan ko .. tp dlm byk byk.. 2 ni yang berkenan di hati aku haha.. lawa giler siot..
yg atas tu lg le... berbaloi kalau beli.. hehe

Fadilat Solat Tarawih


Malam pertama

Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.


Malam kedua

Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.


Malam ketiga

Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.


Malam keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.


Malam kelima

Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.


Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


Malam ketujuh.

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.


Malam kelapan.

Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.


Malam kesembilan.

Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Malam kesepuluh.

Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.


Malam kesebelas.

Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.


Malam kedua belas.

Muka bercahaya di hari Kiamat.


Malam ketiga belas.

Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.


Malam keempat belas.

Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


Malam kelima belas.

Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.


Malam keenam belas.

Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.


Malam ketujuh belas.

Diberi pahala seperti pahala para nabi.


Malam kelapan belas.

Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.


Malam kesembilan belas.

Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


Malam kedua puluh.

Diberi pahala para syuhada dan solihin.


Malam dua puluh satu.

Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.


Malam ke dua puluh dua.

Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.


Malam kedua puluh tiga.

Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.


Malam kedua puluh empat.

Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.


Malam kedua puluh lima.

Dihapuskan dari seksa kubur.


Malam kedua puluh enam.

Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.


Malam kedua puluh tujuh.

Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.


Malam kedua puluh lapan.

Allah mengangkat dengan seribu darjat.


Malam kedua puluh sembilan.

Seperti pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ketiga puluh.

Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Online Antivirus Scanner

Jangan mencaci sesama kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

===========

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

Puasa Ramadhan

Puasa

Firman Allah SWT yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA :

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB :

Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.PUASA SUNAT :
Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)PUASA

MAKRUH :

Puasa yang terus menerus sepanjang masa. Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM :
Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Haji
Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA :

Berakal
Akhir Baligh (Cukup umur)
Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA :

Islam
Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA :

Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA :

Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
Keluar darah haid atau nifas
Gila
Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA :

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Hati-hati pilih buah..

Ketua puak TU pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. Nie simple punya keje".. Kata mereka dalam hati.Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit Dan dia pun dibunuh.Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki TU ketawa. Maka dia pun dibunuh.Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga Kita TU keluar dengan membawa buah durian!!"

AJAR ANAK CAKAP BETUL

konon cerita si ampunya cerita...ada seorang ibu yang ingin mendidik anak supaya tidak bercakap kotor di hadapan orang, telah mengajar anaknya beberapa perkataan yang menurut si ibu , kotor! Maka bagi menggantikan perkataan kencing, ibu ajar anak supaya cakap, ibu man nak nyanyi!

jadi setiap kali si anak nak kencing, dia cakap; ibu, man nak nyanyi. maka si ibu yang memang faham maksud si anak, tahu maksudnya.

suatu hari, si ibu telah menitipkan anaknya di rumah bapaknya, kerana out station agaknya. jadi malam tu si man tidur dgn atuknya. tengah malam si man terbangun kerana nak kencing. dia pun cakap; tuk, man nak nyanyi! kata atuk; hish, tengah malam buat apa nyanyi, esok aje lah! si man dah tak tahan, terus menjerit; man tak kira, man nak nyanyi jugak, sambil menangis.
si atuk tak tahan bising, akhirnya cakap. oklah. nyanyi kat telinga atuk!
pengajarannya, jangan ajar anak/budak ajaran sesat. kita yang susah nanti......

Gadis Yang Dibawa Balik

Tahun 2020. Namun masih ade gak org yg berfikiran kolot lagik. Kampung Semut Warna Warni.

"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham nganbapak ni.."
"Tak paham apa pulak Din.."
"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."
"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."
"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"
"Ya Allah ... Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikiran kolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."
"Bapak.. walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Tak kira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! paham bapak? sudah lah!"
Malam tu...

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.
Apa nak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah dari mana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpd bapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apela bapak ni..
Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...

Dengan sepantas kilatDin menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.
Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni... Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..
"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!

Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...
"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

windows 7




Extreme Seven 2009 Premium - SP3 - Final - April 2009 Genuine
RELEASE INFO
Program Type .... OS
Platform ............. Windows XP Professional
Language .......... Multi-Language
Image Type ...... ISO
Size..................... 874MB
ABOUT
this is the 1/3 final edition of extreme seven 2009 it is the basic.lite edition with some new appz and some windows 7 look a like appz
Intergated:
Google Chrome 0.3.154.0
Nero MicroFirefox 3.0.6
VLC 0.9.2
Internet Explorer 7
Windows Media Player 11
WinRAR 3.71
Kaspersky Internet Security 2009
... And More

I'm sorry.....

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di BP Mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kah Kah Kah, gelak jgn tak gelak

Wallpaper For Share





Saja nak share wallpaper yang aku buat khas untuk laptop berskrin 1280 x 800 sahaja...

2 Perkara...

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Pantun Ikut Negeri...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makan kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sardin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N.Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

KL/Selangor...
Wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

Kedah...
Alor Setaq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami jual pasemboq
Lepaih raya usah dok teriak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu-lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Apa-apa pun bahasa pengantar.. kita tetap darah yang sama...

Wallahu 'alam bissowab...

Jenih Darah...he2

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Benarkah ini semua....?
Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui...

Ape Barisan Kite

assalamualaikum

Allah S.W.T menjanjikan sesuatu buat hamba-hambanya.Pada hari akhirat nanti, Allah akan menyusun hambaNya mengikut amalan yg dibuat di dunia.

Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya.

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran.

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat.

Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli.

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus. Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang lain teraniaya.

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.

Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala). manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat.

Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka di dunia memakan harta anak yatim.

Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya.

Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia meminum arak.

Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya. Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.

renung-renungkanlah

Karangan terbaik UPSR 2008..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Asal-usul Khinzir a.k.a Babi a.k.a H1N1


Citernye gini..

sbnrnya babi ni adalah natang yang paling hensem atas muka bumi ni..xde la natang len yg ag hensem dr dy..babi ni suke mengembara tau..pada 1 hari babi ni g la mengembara n terjumpa 1 bukit ni.bukit ni tggi n besau tau..masa natang tu nk nek bukit tu tbe2 ujan..2-3 hari kemudain baru la ujan berenti..natang tu pom nek la bukit tu..nile sampai kat puncak bukit tu ujan smula..natang tu xmo tggu ujan berenti n nak turun gak bukit tu..dy pom turun la..mule2 ok je..sampai kt tgh bukit tu natang tu licin n terjatuh...bertambah malang bile dy tersodok tanah tu..ad la lbey kurang 400 meter gak natang tu menyodok tanah nk sampai ke kaki bukit tu..bile sampai kat kaki bukit tau hidong natang tu da jadi xcam dlu ag..sbb tu la idong babi jdi gitu...

tamat la suda pelajaran sejarah untk hr ni..ank2 jgn lupe wat rivisyen tau..mggu dpan ckgu nk wat test..
sekian..

*kowg tau x nape anak babi jl tunduk je? sbb dy malu owg cakap mak dia babi

Tanda2 awal jatuh cinta

Tanda-tanda awal...

  • U ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu u asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat u ke tak.

  • U jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,
    U jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara diau automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

  • Uiii.. u cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa..Kekadang u rasa u kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari u.

  • U dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia u rasa macam dunia ni u yang punya.Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata u tapi upun hairan kenapa u mesti ada perasaan macam tuterhadap dia..

  • Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa sajapemberian darinya u simpan sampai penuh almari rumahu..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu u gigitbalik...uiii..ganehnyer..
  • Kadang kala u sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat u tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya u sendiri yang makan hati..tapi u tak sedar kenapa u buat macam tu..kenapa u nak bagi dia jeles kat u?

  • U percaya padanya. U sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. U juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan u tapi u tetap sudi melayan karenahnya.

  • Bila family U sebut pasal jodoh, U cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak U dok terbayang-bayang U bersanding dengan dia..cis!!

  • Hmm...itu adalah secebis perasaan U kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa u treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang u ni dah jatuh hati padanya..

  • U tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri usendiri. U tau kenapa? Sebab u punya ego tu tinggi sangat...apa susah sangat ker u nak declare yang u ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry kalau u ni perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang adacara tersendiri..

Moskot Michelin

huhu..!!~

Bandar Kos Sara Hidup Termahal Di Dunia


Menurut BusinessWeek, kehidupan taraf tinggi di’beberapa negara seperti jepun telah menyebab’kan harga barangan harian menjadi mahal, sehingga 4 bandar utama’nya menduduki tangga top 5 dalam senarai. Dalam masa yang sama, ibu negara Angola (Luanda), mengekal’kan kedudukan sebagai bandar paling mahal dalam dunia. Kami menyaran’kan anda agar tidak melawat kelima-lima bandar di’atas, melain’kan kalau anda mampu membayar satu set makanan tengah hari pada harga RM200,

1. Luanda, Angola
2. Tokyo
3. Nagoya, Japan
4. Yokohama, Japan
5. Kobe, Japan
6. Copenhagen
7. Oslo
8. Geneva
9. Zurich
10. Basel, Switzerland

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...